Toleransi Dalam Berugama
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Awak nak orang bertoleransi dengan awak, awak kena bertoleransi juga dengan orang lain.

Cuma tentang ibadat korban, kalau seseorang itu tidak makan daging lembu, kemudian dia nak paksa kita pun tak makan lembu, itu memang susah. Nanti kita akan ada pula orang yang vegetarian, yang kesian kepada binatang, semua yang awal-awal kita tak boleh makan. Jadi, awak tak makan lembu, itu agama awak. Kenapa awak nak masuk campur hal agama orang lain? Takkanlah awak nak rasa masa kita sembelih lembu, kita sembelih Tuhan awak?

Saya rasa, kalau dia kata apa yang mengganggu dia adalah kerana dia tengok, maka dia tak payah tengok. Tapi saya sebut, kalau semua benda nak distandardizekan, mungkin kes ini berlaku sebab hari tu ada orang pergi sembelih di sekolah. Itu pun mungkin tak apa, boleh dibincang lain. Mungkin tempat yang lebih sesuai, kalau tak mahu tengok, jangan pergi belajar di situ atau apa-apa. Okey, itu tempat awam yang dikongsi bersama, boleh bawa ke masjid. Saya pun tak kisah, tapi saya dah sebut benda yang sama.

Jika sekiranya kita ingin menghormati bahawa tempat awam tak boleh digunakan untuk aktiviti agama yang mengganggu penganut agama lain, jika itu kita sepakat, maka antara benda yang kita kena buat ialah kita tak boleh benarkan jalan raya digunakan untuk perarakan agama sehingga jam jalan kerana nak angkut atau nak angkat berhala ataupun seumpamanya. Tidak boleh jalan raya digunakan untuk menghempas kelapa kerana itu jalan awam. Standardkan benda ini.

Jadi, orang Islam sembelih di masjid. Jika nak berhimpun, berhimpun di kuil, jangan naik atas jalan raya kerana saya akan stuck. Saya bukan nak pergi kuil, saya mungkin nak pergi rumah pak saudara sebelah sana. Kenapa orang persalahkan dia, persalahkan pula? Ini tidak seimbang. Toleransi bukan bermaksud kita mahu orang bertoleransi dengan kita, tapi kita tak bertoleransi dengan orang lain. Mesti ada give and take. Awak nak orang bertoleransi dengan awak, awak kena bertoleransi juga dengan orang lain.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak