Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Tip Mengenali Ajaran Sesat | Ustaz Rosli Mokhtar (Bahagian 1)
Hamba Allah Tweet
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salah satu daripada tips untuk mengenal ajaran sesat ialah ajaran sesat ini tidak menggalakkan pengikutnya untuk berinteraksi dengan masyarakat umum. Mereka akan cuba untuk mengasingkan pengikut-pengikut mereka daripada masyarakat umum.
Salah satunya ialah dengan cara tidak menggalakkan pengikut-pengikut mereka mengerjakan solat berjemaah di masjid ataupun surau bersama dengan masyarakat. Jika mereka melakukan solat berjemaah, ia akan dilakukan di kalangan kumpulan mereka sahaja. Namun, ini tidak bermaksud mereka tidak langsung pergi ke masjid atau surau.
Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka cuba untuk menyembunyikan sedikit gerak kerja mereka. Pengasingan ini perlu bagi memberi ruang yang secukupnya kepada mereka untuk menyampaikan doktrin-doktrin mereka kepada pengikut-pengikut mereka. Dengan cara ini, ajaran sesat dapat terus berkembang dalam kalangan mereka tanpa gangguan dari masyarakat luar.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak