Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Ucapan terima kasih ini saya tujukan terutamanya kepada mereka yang telah terlibat secara langsung.
Hamba Allah Tweet
**Bismillahirrahmanirrahim,**
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada saya dalam kes penahanan yang dibuat oleh pihak JAIS. Ucapan terima kasih ini saya tujukan terutamanya kepada mereka yang telah terlibat secara langsung.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komen beliau yang disiarkan di media. Saya juga berterima kasih kepada kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, yang telah menghubungi saya. Tun Mahathir telah menyampaikan salam saya melalui Datin Marina dan menyatakan bahawa beliau amat mengambil berat tentang hal ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang memberikan semangat dan menyatakan bahawa perkara ini tidak wajar berlaku. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada Datuk Saifuddin Abdullah atas komen beliau yang amat berharga dan disiarkan di Awani. Terima kasih juga kepada ahli-ahli Parlimen, khususnya YB Zuraida dan YB Sehari Sunyi, serta ahli-ahli Parlimen lain yang hadir pagi tadi di mahkamah, termasuk mereka dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional yang membahaskan isu ini di Parlimen dan membantah tindakan yang seperti ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir di mahkamah tadi, termasuk tokoh-tokoh masyarakat yang mempunyai nama besar. Kehadiran mereka dari pagi hingga bersurai memberikan sokongan moral yang sangat bermakna. Terima kasih juga kepada NGO-NGO dan badan guaman yang hadir memberikan sokongan.
Tidak lupa, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menghantar SMS, e-mel, dan menyatakan sokongan mereka serta bantahan terhadap apa yang berlaku. Terima kasih juga kepada pelbagai NGO lain yang tidak dapat hadir tetapi turut menyatakan bantahan mereka.
Mudah-mudahan, apa yang berlaku ini akan membawa kita kepada masa depan yang lebih adil dan lebih memelihara hak asasi rakyat dalam negara ini, khususnya yang membabitkan hak menyampaikan maklumat dan hak untuk bercakap, yang sepatutnya dijamin oleh Perlembagaan. Bahkan, sebagai seorang Muslim, hak ini juga dijamin oleh Islam. Ucapan terima kasih saya juga merangkumi Muslim dan bukan Muslim yang menyokong saya dalam hal ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada media di seluruh negara yang menyokong dan memberikan liputan yang baik. Mudah-mudahan ini akan menjadi anjakan paradigma untuk kita lebih mematuhi dan menghormati hak asasi dalam negara ini, terutama yang berkaitan dengan kes-kes seperti ini. Walaupun kes ini membabitkan saya, saya harap ia menjadi titik tolak kepada keadilan yang lebih luas dan diperolehi oleh semua pihak.
Sekian, **Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.**
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak