Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Saya pernah tanya kawan sama ada dia pernah terima syahadah sekali seumur hidup, tapi ada yang tolak sebab dia dah mengaku Islam sejak dilahirkan. Apa hukum orang yang tolak talqin syahadah?
Hamba Allah Tweet
Baik, talqin syahadah ini tidak wajib bagi orang yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Tak wajib, perkataan mereka yang mengatakan wajib kena ajar talqin syahadah ini hukumnya adalah salah faham. Salah, ulama tak kata wajib. Talqin ni, mana ajar syahadah deh. Kalau orang yang nak mati, kita ajar syahadah tu sunat je. Lakinuma mawtakum la ilaha illallah, ajarkanlah orang yang nak mati di kalangan kamu la ilaha illallah. Lakinuma tu fa’idha mal al-azhrul bin Amri yufidul wujub. Asal fa’idha mal ini memberi makna wajib tapi di sini makna sunat sahaja. Nak, melainkan orang kafir yang nak mati tetapi dia panggil orang Islam supaya ajar kalimah syahadah, maka di situ talqin menjadi wajib.
Faham tak, kalau sama-sama Islam dia kata, “Aku mengucap dah, aku Islam dah,” hak tu tak dak masalah. Nak, cuma janganlah kita jawab gitu kalau orang ajar kita suruh mengucap walaupun kita Islam dah. Mana tahu kita ada buat salah dalam masa kita tak sedar, dalam masa lepas masa lampau kita nyanyuk, kita ralit, kita lalai, kita lara. Nak, sebab tu nabi kata, “Jaddidu iman akum,” perbaharukan selalu iman-iman kamu sebab takut-takut kita terbatal iman kita tak tahu. Nak, aksiru min qawli la ilaha illallah, perbanyakkan sebut kalimah syahadah ini. Jadi kalau ada terbatal maka tersambung semula tu maksudnya. Jadi jangan kita tolak, jangan bila kata mengucaplah, “Mengucap apa pula, ingat aku ada tak reti mengucap,” ha ada tak jawab gitu. Nak, ha insyaAllah saya mengucap neh, ha.
Tapi kat orang mati, jangan kata mengucap terus, kata la ilaha illallah. Jangan kata mengucap neh sebab nabi kata la ilaha illallah. Nabi kata, “Lakinuma mawtakum as-syahadah,” dia ajarlah orang yang nak mati kamu mengucap tapi dia terus la ilaha illallah. Makhluk qawli dia la ilaha illallah selalu ajar nak mati, gi kat telinga la ilaha illallah perlahan, jangan kuat, jangan tepik kat telinga dia. Nak, ada orang ditepik kat telinga, nak jangan dia sakit. Nak, keluar roh sakaratul maut teruk daripada lenyek dia kereta giling. Siapa sini raja lenyek dia kereta giling ada, ada tak sakit lagi masa nak keluar roh maka perlahanlah la ilaha illallah perlahan. Ha, tu cara yang betul.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak