Tak Salah Ambil Duit Mengajar Agama
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Bagaimana pendapat Datuk mengenai perkara ini?

Sekarang ini, kita ingin melihat dari sudut seorang ahli agama yang terdedah kepada realiti masyarakat dalam bidang pekerjaan. Contohnya, seperti Datuk sendiri yang menjadi mufti dan bertemu dengan ramai orang. Persoalannya, Datuk, bila kita terdedah kepada ramai orang dengan kerja dan sebagainya, maka kita juga ada risiko terdedah dengan fitnah.

Persoalannya, adakah wajar seorang ahli agama, demi mengelak daripada fitnah, hanya duduk di tempat mengajar tanpa perlu turun ke dalam dunia profesional? Contohnya, mengajar kuliah sahaja atau belajar, menelaah, membaca kitab, menghafal Quran, dan hadis untuk selamat daripada fitnah. Bagaimana pendapat Datuk mengenai perkara ini? Terima kasih.

Pertama, kita perlu kembali kepada apa yang diajar dalam agama. Agama itu apa? Agama adalah sesuatu yang Allah bekalkan kepada manusia sebagai jalan hidup mereka. Jalan hidup ini bukan sahaja bermakna duduk di dalam bilik sahaja, manusia mesti bersosial. Sebab itu, solat di rumah pun sah, tetapi Allah suruh kita solat berjemaah kerana Allah menyuruh kita bergaul.

Agama menyuruh kita berjemaah kerana ia memupuk hubungan sosial. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam hidupnya bukan dalam kalangan golongan kecil sahaja, duduk di satu tempat tanpa bergaul dengan orang lain. Kadang-kadang, saya minta maaf, saya rasa kurang munasabah apabila ada orang agama yang cuba menggambarkan Nabi itu hanya berjubah, berselendang, berserban, seolah-olah Nabi tiada kerja lain selain menjadi penceramah atau selebriti. Nabi bukan begitu. Nabi kadangkala memakai baju Yaman, kadangkala memakai jubah Rom, kadangkala memakai baju perang, kadangkala naik unta, dan kadangkala turun ke medan. Inilah realiti kehidupan.

Apabila kita cuba menggambarkan Nabi itu hanya dari satu sudut, ramai orang akan menganggap Nabi seperti seorang Shaolin yang hanya duduk di perkampungan tanpa keluar berinteraksi. Ini adalah tanggapan yang salah. Saya rasa kita perlu betulkan persepsi ini. Ahli agama, sama ada dia terlibat dalam perniagaan atau tidak, mesti hidup dalam masyarakat. Jika dia mengajar ajaran yang menyuruh masyarakat bermuamalah dengan cara yang betul, dia mesti melalui pengalaman tersebut untuk benar-benar memahaminya.

Sebab itu, ulama ramai yang memuji Abu Hanifah dalam pandangannya mengenai jual beli, walaupun bukan semuanya kerana dia bekas seorang pedagang. Pandangannya dalam fiqh jual beli lebih fleksibel kerana pengalaman peribadinya. Ini tidak menafikan kelebihan mazhab-mazhab lain seperti Mazhab Malik dan seumpamanya, di mana mereka juga melalui hal yang sama dan mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.

Hal yang kedua ialah, saya suka juga jika ahli agama mempunyai perniagaan atau pekerjaan sendiri, supaya mereka tidak bergantung kepada duit kuliah masjid atau sumbangan orang lain. Agama adalah antara kita dengan Allah. Jika boleh, bukanlah salah, tapi jika boleh, kita tidak mengambil duit dari ceramah agama supaya kita benar-benar bercakap yang benar tanpa dipengaruhi oleh apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Kita hanya fikir apa yang Allah nak daripada kita.

Sebab itu, jika orang agama mempunyai pekerjaan atau perniagaan yang halal, ia sebenarnya satu hal yang baik. Ini juga merupakan satu saranan yang penting agar ahli agama bergaul dengan masyarakat supaya dakwah kita lebih membumi.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak