Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Boleh sikit komen pasal Syiah di Malaysia?
Hamba Allah Tweet
Boleh sikit komen pasal Syiah di Malaysia?
Ini bukan komen, ini mahu ceramah, tuan-tuan. Saya dah sebut banyak kali, ini simple untuk kita faham.
Satu Mazhab yang menyatakan semua leadership, kepimpinan, hanya berada di tangan satu keluarga saja, semua geng-geng Syed. Ini adalah satu mazhab yang, kalau guna istilah demokrasi, mereka akan marah. Tapi, ia bukan demokrasi. Agama yang menghormati syura, agama yang menghampiri pendapat, kalau ikut itu, semua geng-geng yang nak jadi pemimpin mesti Syed, hanya keluarga Nabi.
Apabila golongan Syiah di Malaysia cakap pasal demokrasi, saya kata mereka itu satu mazhab yang tidak demokrasi. Andaikan kritik sektarian mazhab yang tidak demokratik sebab dia telah melarang pemilihan luar daripada kelompok gerangan ahlul bait. Ahlul bait kita sayang, tapi kita sayang dengan kadar. Jangan sayang apa pun lebih dari yang sepatutnya.
Dalam dunia, ikut kadar dia. Sayang isteri ada kadar dia, sayang bapa pun ada kadar, sayang ibu ada kadar, sayang harta ada kadar. Sayang mutlak hanya kepada Allah Azzawajal. Sayang Nabi pun ada kadar. Kita sayang Nabi, kita tak boleh kata Nabi itu Tuhan.
Saya tak tahu, ini geng Arqam. Saya dulu, sebelum rakam ini, sebelum Asyaari meninggal, saya kata Asyaari ini kalau dia meninggal, mereka mesti kata dia tak mati. Saya kata lama dah, bukan kerana saya Imam Mahdi. Sebab orang utara kata paten tu belaka, pemikiran tu sama. Aliran-aliran sesat ini kalau mati saja, mereka kata tak mati, ghaib.
Syiah pun sama. Berapa banyak ghaib, berapa lama dah ghaib. Saya pernah ceritakan kawan ghaib dalam lubang. Orang pergi ambil pasir bagi, ada tukang jaga buat duit. Orang tanya, “Ini betul ke Imam Mahdi nak keluar lubang ini?” Dia kata tak keluar. “Habis tu, kau duk kempen orang duk bagi semua keberkatan lubang ini?” Dia kata kalau dia keluar, aku nampak pun katuk kepala dia. Sebab apa? Kalau dia keluar, habislah business kot.
Bila tuan-tuan pergi ke internet, tuan-tuan akan tengok dalam YouTube. Ada satu YouTube, dia panggil kepada Saari. Dia kata, “Rasulullah Abuya.” Saya ingat dia tersasul, tapi sepanjang itu dia panggil begitu. Kami dalam perjalanan ke Australia dengan berkat Saidi Rasulullah Abuya, maka rombongan sampai dengan selamat. Beg-beg diperiksa dengan baik dengan berkat CD Rasulullah Abuya.
Siapa kata Melayu tak bercita-cita tinggi? Bukan sekadar Perdana Menteri, nabi pun orang Melayu nak jadi.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak