Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Boleh sikit komen pasal Syiah di Malaysia?
Hamba Allah Tweet
Ini bukan komen, ini mahu ceramah tuan-tuan. Saya dah sebut banyak kali, ini simple untuk kita faham.
Satu Mazhab yang menyatakan semua leadership, kepimpinan, hanya berada di tangan satu keluarga saja, semua geng-geng Syed. Ini adalah mazhab yang, kalau guna istilah demokrasi, dia orang marahlah. Tapi, tak demokrasi. Agama yang menghormati Syura, agama yang menghampiri pendapat. Kalau ikut tu, semua geng-geng nak jadi pemimpin mesti Said, ah, hanya keluarga nabi. Jadi, apabila golongan Syiah di Malaysia cakap pasal demokrasi, saya kata awak satu mazhab yang tidak demokrasi. Anda mengkritik mazhab yang tidak demokratik sebab dia telah melarang pemilihan luar daripada kelompok gerangan ahlil bait. Ahlil bait kita sayang, ahlil bait kita sayang, ahlil bait kita sayang. Tapi kita sayang ahlil bait dengan kadar yang betul. Ahlil bait jangan sayang apa pun, jangan lebih. Dalam dunia ikut kadar dia, sayang bini ada kadar dia, sayang bapa pun ada kadar, sayang mak pun ada kadar, sayang harta ada kadar dia. Sayang mutlak ni hanya Allah Azzawajal. Sayang nabi pun ada kadar. Kita sayang nabi, kita tak boleh kata nabi Tuhan, tak boleh.
Ini saya tak tahu, ah, ni geng Arkam, eh. Saya dulu, ah, sebelum Arkam ni, sebelum Asyari meninggal, saya kata Asyari ni kalau dia meninggal depa mesti kata dia tak mati. Saya kata lamalah, bukan kerana saya Imam Mahdi, tahu budak nak mai, he he. Sebab orang utara kata patient tu belaka, dia punya pattern pemikiran tu sama. Aliran-aliran sesat ni kalau mati je dia kata tak mati, dia kata ghaiblah. Syiah sama juga. Berapa banyak ghaib? Berapa lama dah ghaib? Saya pernah ceritakan, kawan ghaib dalam lubang tu orang pergi ambil pasir bagi. Oh, ada tukang jaga buat duit tu. Orang tanya, dia ni betul ke Imam Mahdi nak keluar lubang ni? Dia kata tak keluar. Habis tu kau duk kempen orang duk bagi semua keberkatan lubang ni? Ni dekat Era, dia kata kalau dia keluar aku nampak pun katuk kepala dia pasal apa? Kalau dia keluar habis business kot. Hang dia keluar, ah, hang ni.
Bila tuan-tuan pergi ke internet, tuan-tuan akan tengok dalam YouTube ada satu YouTube dia panggil kepada Syaari Saidi Rasulullah abuya. Saya ingat dia tersasul tapi sepanjang tu dia panggil tu. Kami dalam perjalanan, dalam ke perjalanan rombongan nampak tu ke Australia. Dengan berkat Saidi Rasulullah abuya maka rombongan sampai dengan selamat, beg-beg diperiksa dengan baik dengan berkat Saidi Rasulullah abuya. Semua Saidi Rasulullah abuya. Siapa kata Melayu tak bercita-cita tinggi? Bukan sekadar Perdana Menteri, nabi pun orang Melayu nak jadi.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak