Susukan Anak atau Solat Subuh
Tags: ( Solat, Atau, Anak, Susukan, Subuh )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Saya ada anak kecil. Kadang-kadang saya bangun untuk solat Subuh lambat, tetapi pada masa yang sama, anak-anak bangun. Jadi, saya kena menyusu anak sampai terlepas solat Subuh. Apa hukumnya?

Hukumnya haram lah, tak boleh menyusu anak sampai terlepas solat Subuh. Menyusu anak bukanlah sampai anak mati kelaparan. Menyusulah dulu, kemudian solatlah dalam waktu Subuh. Boleh kita bangun dalam waktu Subuh, anak menyusu, kita nak sembahyang pun boleh, mengopek anak pun boleh. Selepas mengopek anak, tinggal baki lagi daripada waktu, solatlah Subuh. Jangan sampai habis waktu solat.

Dalam keadaan biasa, jika anak tidak menangis, solat Subuhlah awal untuk mendapat fadhilat awal waktu. Tetapi jika anak menangis, kopek dulu, menyusu dulu. Jangan sampai habis waktu solat. Jika waktu solat habis pukul 7 pagi, kita sampai 6:45, kopek dulu. Layan anak dahulu, kemudian solat. Takkan kita solat Subuh anak mati kerana kelaparan? Jika dia mati pun kerana kita sembahyang Subuh, lagi untung. Faham?

Janganlah kerana anak, kita lalai daripada Allah. “La tulhikum amwalukum wa la awladukum ‘an dhikrillah.” Janganlah harta atau anak melalaikan kamu daripada mengingati Allah.

Yang boleh darurat tinggal solat lain, contohnya, jika anak jatuh dalam tali air, hanyut, timbul-tenggelam, kita solat Subuh dulu, bodohlah itu. Itu lain, menyelamatkan nyawa. Menyusu anak tidaklah masalah, lewat sedikit habis kuat saja.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak