Tags: ( Solat, Tasbih )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Ni ada soalan tentang solat tasbih. Saya jawab sikitlah.

Solat tasbih, ulama khilaf tentang dia. Ada ulama yang kata tidak sabit seperti Ibnu Qayyim dan Imam Syaukani. Tapi kebanyakan ulama hadis kata ia sabit daripada Nabi. Ada dalam riwayat Ibnu Majah, ada riwayat Tirmizi. Siapa yang nak buat, boleh buat. Tak mahu buat pun tak apa.

Kalau tanya saya, saya lebih cenderung kata solat tasbih ni ada. Al-Albani juga orang yang pegang ada kerana kuat hadis-hadisnya, boleh dipegang. Kifiatnya seperti yang disebut dalam riwayat Tirmizi, pada rakaat yang pertama selepas Fatihah dan surah, Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahuakbar sebanyak 15 kali. Semasa rukuk 15, semasa i’tidal 10, sujud pertama 10, duduk antara dua sujud 10, sujud kedua 10, dan masa duduk istirahat sebelum bangun 10. Jadi semuanya 75 kali dalam satu rakaat, dan semuanya ada 4 rakaat, sebanyak 300 kali.

Dalam hadis tu, kalau dosa itu bagaikan lautan, ia diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mudah-mudahan besar fadilatnya. Disebut juga oleh Abdullah Ibnu Mubarak, alim-alim hadis ni mereka melakukan solat tasbih.

Tidak ada ketetapan untuk melakukannya secara berjemaah. Ia boleh dilakukan sendirian di mana-mana saja waktu yang diizinkan kita menunaikan solat. Dalam hadis tu disebut, kalau siapa yang boleh buat tiap-tiap malam, buat tiap-tiap malam. Kalau tak boleh, seminggu sekali. Kalau tak boleh, sebulan sekali. Kalau tak boleh, setahun sekali. Kalau tidak, seumur hidup sekali. Begitulah Rasulullah longgarkan.

Menurut Ibnu Qayyim, dia kata tidak sahih, tetapi dari segi sanad ada kekuatannya. Ramai ahli hadis menyatakan bahawasanya boleh dilakukan. Tak apa, tuan-tuan buat, kalau tak nak buat pun tak apa. Tak pernah Rasulullah buat berjemaah solat tasbih di masjid. Hadis tu riwayat Ibnu Abbas. Kalau Rasulullah buat berjemaah solat tasbih di masjid, tentu tidak berlaku khilaf di kalangan sahabat.

Sebab tu sebahagian sahabat tak tahu yang riwayat Ibnu Abbas dia dengar Nabi sebut. Kalau kita suka, ya kita rasa dia 15 cukup. Tapi kemudian kita rasa eh macam terlebihlah. Tak apa, kira 15 lah tu. Kita ambil yang yakinnya 15. Kadang-kadang Nabi terlebih dalam sujud tu, tapi sebenarnya tuan-tuan, bila solat ni kita jangan duk tunggu 15 lagi 15 lagi. Jadi hilang khusyuk. Kita kena tumpu pada makna Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahuakbar. Dapat fadilat tentang hilangnya dosa, khusyuk. Mudah-mudahan, insyaAllah kita sambung sampai esok pada 10.00 di Taman Seri.

Rasulullah dan Nabi Muhammad. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak