Sibuknya Golongan Bergelar Ustaz Dibulan Ramadhan
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Kita ni, bila bercakap, ada dua golongan.

Kita ni, bila bercakap, ada dua golongan. Sebahagian orang bila nak mai bulan puasa, mereka fikir macam-macam. Ada orang ambil daripada atas dulu, yang atas sekali. Kadang-kadang, ambillah geng-geng macam sayalah, ustaz-ustaz kot.

Ha, bila mai bulan puasa, pakat pi carilah buku puasa ni. Sat gi, orang panggil ceramah, nak cakap apa. Jadi, satu-satu pesta pi duk ceramah. Bukanlah salah mengajar, itu benda yang baik. Tapi betul-betul kita nak ajar Ramadan ke, sekadar nak memenuhi program Ramadan? Pasal semua masjid pakat buat program Ramadan, akhirnya kita ada program, tapi tak dak ruh. Yang bercakap pun bercakap pasal orang panggil, sebab orang jemput. Saya pun cakaplah, cari sikit, hafal-hafal balik dalil-dalil yang mana lupa tentang Ramadan. Ha, lepas tu orang pun dengar balik, habis.

Bahkan, sebahagian golongan agamawan, bukanlah yang ikhlas-ikhlaslah, saya cakap, sibukkan diri dengan benda yang tak penting pun. Masa ni lah program. Bukanlah kata nak salah, tapi saya tak tahu apa keperluan nak tunjuk apa kepakaran. Ustaz Sulaiman, Ustaz Nazim, Doktor Muza memasak kan? Ha, macam-macam lah. Tapi bulan Ramadan bukan bulan makan, dia bulan ibadah. Talbis, kata Al-Imam Ibnu Jauzi, talbis ni satu kekeliruan. So, nampak seolah-olah macam agama, tetapi ia bukan tujuan asal.

Bahkan, di kalangan para salafus soleh, ada yang mengurangkan majlis mengajar mereka kerana nak menumpukan pada ibadat. Tu padahal mereka mengajar hadis, fiqh. Ini tak, pernah-pernah duk mengajar masak bulan Ramadan. Ustaz Sulaiman, Doktor Muza, apa nama, Ustaz Nazim nak pi ajar orang masak pula kan? Carilah bulan lain. Ha, tapi kita campurlah, sambil masak sambil bagi nasihat kan? Okey, macam tu, tapi dia talbis yang lain.

Macam-macam, bila mai bulan Ramadan, ada yang fikir nak buat untung meniaga. Saya bukan kata salah, tapi itu bukan tujuan Ramadan. Sepatutnya, macam selain daripada Ustaz Nazim kata, bulan Ramadan ni Quran masing-masing dah pegang dah. Anak-anak masing-masing kita ingatkan mana Quran masing-masing. Kan? Apa dia, kita punya rancangan bulan Ramadan ni macam mana? Keadaan sahur kita yang sederhana, buka puasa kita, tawaf kita nak di masjid mana yang mungkin membantu kita khusyuk, bukan masjid mana cepat. Ini semua, Ramadan bulan roh, membangunkan roh kita. Aa, membangunkan roh kita.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak