Sepatutnya Kita Yang Memberi
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Boleh tak kalau agama lain bagi bantuan kepada mangsa banjir, saya ambil? Adakah saya telah murtad?

Tadi ada orang SMS dan tanya melalui e-mel, “Boleh tak kalau agama lain bagi bantuan kepada mangsa banjir, saya ambil? Adakah saya telah murtad?” Teruk kita ni, terlebih sensitif.

Pertama, orang bagi, tak ada masalah. Kristian bagi, ambil saja. Bukan dia syaratkan, melainkan dia bagi dengan syarat awak kena masuk Kristian. Kalau dia bagi, ambil saja.

Yang peliknya, patutnya kita yang bagi. Kita yang patut memberi zakat. Dalam Islam, contohnya, siapa yang baca fiqah zakat, dia akan tahu zakat ni luas. Di kalangan sarjana menyebut boleh diberikan hatta kepada muallaf. Muallaf, orang utara panggil ‘mak long’. Teruk dia kata ‘mak long’. Di kampung saya, ada seorang masuk Islam, saya ingat dia masuk Islam 30 tahun lebih, mungkin 35 tahun. Dia tetap dipanggil ‘mak long’, dan yang panggil dia ‘mak long’ itu pun sembahyang pun tak lekat, tapi muallaf itu sembahyang lekat.

Muallaf adalah orang yang dijinakkan hatinya. Banyak senarai dia. Yang sudah masuk Islam, yang mungkin masuk Islam jika diberi zakat, yang mungkin tidak bermusuh dengan Islam jika diberi zakat, yang tak suka dengan Islam tapi diberikan mungkin akan suka dengan Islam. Banyak senarai yang disebutkan oleh para ulama. Tapi, fikiran kita kadang-kadang sempit. Kita pilih yang masuk Islam saja kita bagi.

Sofwan bin Umaiyyah dalam riwayat Imam Muslim menyebut bahawa Nabi sentiasa memberi kepadaku sehingga daripada aku benci kat dia, sehingga aku menjadi orang yang paling aku suka. Kemudian, kita bising agama lain buat gerakan, bagi kat orang, kat hospital, bagi kat mangsa banjir, mangsa tsunami, cari orang yang susah, bagi bantuan. Kita kata bahaya agama lain. Apa kita nak buat? Demonstrasi? Pergilah demo. Semua lelaki yang lemah dan perkasa pergi tidur. Ini bukan cara yang betul.

Projek ini patutnya dibuat oleh orang Islam, memberikan bantuan kepada bukan Muslim. Orang bagi kat kita, kita mula dah sangka dia nak sebar agama. Patutnya kita yang bagi kat orang. Saya selalu kata, lebihkan zakat. Zakat kita lebih hebat, satu bilion, saya ingat dekat dua bilion, satu perpuluhan lapan bilion dalam negara ni setiap tahun, bukan sekali, setiap tahun.

Pergi ke hospital, bagi bantuan. Saya kata bagi kepada yang bukan Muslim, ambil ini daripada bahagian badan Islam, mahu kasi tolong sikit. Oh, Islam banyak baik. Tapi, kita tak bagi.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak