Sentuh Khinzir (Babi) tak Perlu Samak • Dr. MAZA
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Sentuh Khinzir (Babi) tak Perlu Samak • Dr. MAZA

Jika kita tersentuh kulit khinzir yang masih hidup, okey. Sentuh apa? Kulit khinzir. Sentuh ketika kerja-kerja sedang berjalan, kita pergi pegang. Macam mana kalau kerja kawan kita, dia mai dengan kita? Ha, ha, ha. Ataupun sentuh kulit kerja, kasut, kan? Khinzir, kita tahu samak ni apa dia. Cuci samak, yang kita faham dalam bahasa ni, maksudnya adalah sertu.

Sertu ini dilakukan 7 kali, seperti yang selalu disebut dalam hadis berkaitan dengan anjing. Banyak hadis menyebutnya, termasuk dalam hadis Imam Muslim: *Izawal hal qalbu fi inae ahadikum faluridhu waliyaksilhu sab’a marat* — apabila anjing jilat bekas kamu, tuangkan air dan basuh 7 kali. Dalam riwayat lain, ada disebut bahawa salah satu basuhan hendaklah dengan tanah. Jadi, untuk anjing, kena basuh 7 kali. Inilah pegangan mazhab jumhur.

Anjing dan babi, kita basuh macam biasa, macam najis-najis yang lain. Najis kucing, najis manusia, macam mana kita basuh sampai hilang warna, rasa, dan bau, macam tu juga kita basuh khinzir. Cumanya, dalam mazhab Syafi’i, dia kata kalau anjing kena basuh 7 kali, babi lagi teruk, jadi babi pun kena basuh 7 kali.

Al-Imam Nawawi sebut, tidak ada dalil yang kuat menguatkan pandangan mazhab Syafi’i dalam hal ini, kerana hadis itu sebut anjing saja. Nabi tahu tentang khinzir, sebab dalam Quran ada sebut tentang khinzir, *walā mukhinzir*, tapi Nabi hanya sebut anjing. Jadi, hukum yang jelas hanyalah untuk anjing. Kalau kita tersentuh khinzir, ia najis, dan kita basuh seperti mana kita basuh najis manusia dan seumpamanya.

Itu pendapat jumhur dan juga pendapat Imam Nawawi. Imam Nawawi ni tokoh dalam mazhab Syafi’i. Dia memang cenderung kepada mazhab Syafi’i, tapi dalam hal ini, beliau berpendapat bahawa tak ada keperluan basuh 7 kali jika tersentuh khinzir. Kalau khinzir itu kering, tak ada masalah. *Al-jafur bin jaaf*, tahu, kering dengan kering tak ada masalah. Tapi kalau khinzir basah, kita kena basuh sebab ia termasuk dalam kategori najis yang disebutkan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak