Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Saya ni bukan orang parti, dan saya pun pernah mengkritik parti YB sebelum ni.
Hamba Allah Tweet
Saya ni bukan orang parti, dan saya pun pernah mengkritik parti YB sebelum ni. Saya pun bukan jenis kaki pi puji orang kot depan. Tapi, saya katakan, kekuatan Perlis sekarang ni memang duduk pada MB, di samping Exco-exco lah. Bukan kerana latar belakang pi mengaji negeri orang putih ke apa, dak, tapi kerana sikap yang humble, tawaduk.
Nabi sebut, *”Man tawaduk alilah rafa’ahu Allah,”* siapa yang tawaduk kerana Allah, Allah angkat dia. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan. Orang Perlis ni, kita rasa tengok muka MB pun kita rasa memang kalau boleh nak tolong, kita nak tolonglah apa yang kita boleh tolong.
Sebab itu, itu semua satu pelajaran yang kita belajar. Kalau YB awal-awal abang kata dia tahu semua, tentulah kita susahlah nak tolong. Tapi rakyat Perlis, di dalam berbagai latar, rasa nak tolong YB dan kerajaan yang dipimpin olehnya.
Saya ucapkan inilah, dan orang tahu bahawa saya bukan ahli parti YB dalam erti kata penyokong kuat ke apa. Tapi saya sebut jujur, dan saya doakan, dan kita doakan, Allah kukuhkan kepimpinan yang baik ini dan beri bantuan, insyaAllah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak