Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Saidina Umar Membebaskan Masjidil Aqsa
Hamba Allah Tweet
Tuan-tuan, Saidina Umar bin Khattab semasa zaman beliau, ketika membuka empayar, antara yang beliau lakukan adalah membebaskan Masjidil Aqsa daripada orang Kristian. Ketika itu, tentera Islam telah mengambil alih Masjidil Aqsa. Antara mereka adalah Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, dan Muawiyah bin Abi Sufian, yang terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi. Tentera Kristian berkata, “Bagilah Umar Ibnu Khattab sendiri yang datang untuk mengambil kunci pembukaan Masjidil Aqsa.”
Sekarang, tuan-tuan, dulu tak ada kapal terbang seperti saya datang ke tempat jemputan tuan-tuan ini. Saya naik daripada Alor Setar dan turun di KL. Tuan-tuan boleh ambil saya. Normal, tak ada kapal terbang zaman itu, jet peribadi pun tak ada. Yang ada hanya unta peribadi. Jauh perjalanan daripada Madinah ke Palestin, bukan perjalanan yang dekat, memakan masa belasan hari.
Apabila Umar berjalan pergi, setelah beberapa belas hari, beliau sampai. Orang-orang menunggu khalifah yang hebat ini, yang telah berjaya menjatuhkan Rom dan Parsi. Orang nak tengok mana Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu. Orang Kristian ramai, orang Islam pun ramai. Tiba-tiba muncul Umar bin Khattab dengan bajunya yang sangat lekeh, pakaiannya yang sangat sederhana. Lalu, beberapa orang sahabat beliau menegurnya dan berkata, “Wahai Amirul Mukminin, orang Kristian tunggu Amirul Mukminin. Jikalah Amirul Mukminin pakai yang elok sikit, nampak cantik sikit di mata mereka.”
Ketika itu, Umar memberikan satu ungkapan yang selalu tuan-tuan dengar dan tuan-tuan hafal. Umar menyatakan, “Nahnu kaumun, jika selain daripada engkau wahai Abu Ubaidah yang kata, nescaya aku kurang berdukacita. Tetapi mengapa engkau yang mengeluarkan perkataan ini?” Kata Umar, “Nahnu kaumun a’azza-nallahu bil Islam. Famā damā nābataghī al-‘izzata bi ghayri mā a’azzanallahu bihi adhallanallahu. Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika kita cuba mencari kemuliaan selain daripada Islam, nescaya kita akan dihina oleh Allah.”
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak