Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.
Ruh Balik Ke Rumah
Hamba Allah Tweet
Dia bertanya dahulu tentang dalil yang baik. Jawabnya, tidak ada satu pun hadis yang sahih menyebut roh orang mati kembali ke rumah. Yang ada hanyalah hadis daif. Hadis daif ini tidak boleh dijadikan hujah, tetapi kita boleh menceritakannya kepada orang lain, dan itu tidak salah. Namun, hadis maudhu, iaitu hadis rekaan, tidak boleh kita ceritakan.
Ada orang mengajarkan bahawa kita tidak boleh beramal dengan hadis daif. Ustaz ini jahil kerana para ulama Fiqah dan ulama hadis sependapat bahawa kita boleh beramal dengan hadis daif. Misalnya, hadis daif yang menceritakan tentang fadilat bersugi dan fadilat memakai serban, kita boleh beramal dengan yang tersebut. Ini adalah pandangan para ulama. Namun, ulama tidak membenarkan kita menggunakan hadis daif sebagai hujah. Hujah hanya boleh berdasarkan hadis mutawatir, hadis sahih, dan hadis Hassan. Fahamkah? Ada orang yang tidak memahami perkara ini dan akan mengajarkan bahawa hadis daif perlu ditolak. Ini adalah pandangan yang tidak tepat kerana para ulama tidak menolak hadis daif; mereka hanya menolak hadis maudhu.
Baik, jadi berkenaan dengan isu roh yang kembali ke rumah, ia tidak mustahil. Para ulama mengatakan riwayat hadis ini adalah daif, tetapi maknanya boleh diterima. Tiada masalah bagi Allah Taala untuk membolehkan roh melihat anak cucu mereka. Namun, untuk dijadikan dalil atau hujah kepada orang lain, ia tidak boleh. Jika kita ingin menceritakan kepada orang atau untuk amalan, tiada masalah. Faham? Jika tidak faham, silakan bertanya. Sudah faham?
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak