Rib’ie bin ‘Amir dalam Misi Islam
Tags: ( dalam, Islam, Rib'ie, bin, 'Amir, Misi )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Rib'ie bin 'Amir dalam Misi Islam

Sebab tu saya selalu ulangi, apabila Islam bertemu dengan Parsi, orang Parsi tidak faham kenapa orang Arab yang dahulunya sentiasa meminta bantuan daripada Parsi dan lemah, tiba-tiba apabila terkena dengan ajaran Muhammad, ia bergerak dan membentuk kerajaan serta ingin bertempur dengan Parsi. Pada pemikiran orang Parsi, barangkali orang Arab menghadapi krisis makanan ataupun sudah tidak cukup bekalan.

Sebab itu Rostam, panglima tentera Parsi, apabila berjumpa dengan orang Badwi yang dihantar oleh Saad bin Abi Waqqas untuk bertemu dengan Rostam dengan keadaan yang selekeh iaitu Ibrahim bin Amir, seorang sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ustaz bertanya kepada Ibrahim yang kelihatannya sangat kampung dengan bajunya yang buruk dan tidak memiliki serban, mengikat kepalanya dengan hanya tali dan kasutnya yang begitu compang-camping. Orangnya hanya selekeh, bukan orang kaya yang datang ingin memerangi Parsi.

Rostam tanya, “Apa yang kau nak?” Ibrahim memberikan satu jawapan yang jelas walaupun ia bukan keluaran universiti, tak ada masa, tidak ada PhD, tetapi ia mengambil makna dakwah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Ibrahim menyimpulkan kesemua tujuan kedatangan Islam menghadapi kerajaan-kerajaan dengan suatu lafaz yang jelas. Kata Ibrahim, “Ibt’athana Allah li nukhrija man sha’a min ‘ibadat al-‘ibad ila ‘ibadat Allah wahdah wa min jawr al-adyan ila ‘adl al-Islam wa min diq al-dunya ila sa’at al-dunya wa al-akhirah.”

Ini orang biasa saja, tapi sekolahnya sekolah Nabi. Jawapannya lebih tepat daripada penceramah-penceramah TV, forum Perdana, mufti dan seumpamanya. Ia ringkaskan makna tujuan mesej Islam. Kata Ibrahim, “Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang menghantar kami, bukan Omar yang hantar kami, bukan kerajaan kami yang hantar kami, tentera kami ini Allah supaya kami mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada mengabdikan diri sesama hamba kepada mengabdikan diri hanya untuk Allah, daripada kekejaman agama-agama (yakni sistem) kepada keadilan Islam, daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat.”

Sikit saja, tapi itulah makna Islam yang dibawa oleh Nabi.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak