Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kadangkala berlakunya di kalangan sahabat sendiri tabiat rehlah fi talabul hadis, rehlah dalam menuntut hadis.
Hamba Allah Tweet
Maka kadangkala berlakunya di kalangan sahabat sendiri tabiat rehlah fi talabul hadis, rehlah dalam menuntut hadis. Sebahagian para sahabat pindah pergi ke Mesir. Sahabat berpindah pergi cari, ada orang kata hadis ni, bab ni ada sahabat di Mesir. Mereka dengar dan pergi, mereka ketuk rumah sahabat. Sahabat keluar, “Ada apa?”
“Assalamualaikum,” “Waalaikummusalam,”
Mereka berpelukan. “Aku mari nak tanya, hang dengarkah daripada Nabi hadis sekian-sekian?”
Dia kata, “Ya, aku dengar.” “Yang tu saja nak mai tanya. Assalamualaikum,” balik-balik sebulan jalanan. Dulu bukan ada kapal terbang, mereka mengembara kerana menuntut hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Zaman kemudian, ulama walaupun tidak sehebat ulama yang dulu, tetapi kemungkinan pengumpulan hadis itu banyak. Jadi, kitab Imam Malik ada, kitab Imam Syafi’i ada, semua kita ada. Maka orang nak buat andaian, nak buat kesimpulan tu lebih mudah.
Imam Malik, umpamanya, Imam Syafi’i umpamanya, dia menyatakan kitab yang paling sahih atas muka bumi ialah Muwatta’ kerana pada zaman dia tidak ada lagi Sahih Bukhari, belum ada lagi Sahih Muslim. Kerana zaman itu masih awal, al-Bukhari masih belum mengumpulkan sahihnya.
Demikianlah hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak