Rasuah Toyol Pun Kalah
Tags: ( Pun, Rasuah, Toyol, Kalah )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Negara kita mengalami masalah walaupun kita merdeka.

Negara kita mengalami masalah walaupun kita merdeka. Kita menghadapi masalah bukan dengan penjajah. Walaupun kita laung kemerdekaan, pergilah penjajah, penjajah pun tak ada dah, dia pun dah balik ke negara dia. Sama ada kita nak mentarifkan mereka yang datang ke tanah air kita itu penjajah ataupun seumpamanya, tapi mereka sudah tak ada.

Apa yang ada pada zaman kita ni yang mengganggu gugat negara kita bukanlah penjajah, tapi perasuah. Penjajah, kalau dia ambil harta, dia bawa balik ke negara dia, ialah dia penjajah. Tapi perasuah, perasuah yang ada di negara-negara orang Islam, kadang-kadang harta negara mereka jauh lebih banyak daripada penjajah. Penjajah makan ramai-ramai, dia makan sorang pun terlalu banyak.

Demam kita sekali-sekala dengar, satu negara boleh susah kerana beberapa orang punya hasrat untuk menjadi kaya raya. Inilah yang patut kita fikirkan bagaimana untuk membebaskan negara kita ini daripada para perasuah. Penjajah dah pergi, kita tak perlu angkat senjata lagi nak perang dengan mereka. Tapi kita menghadapi para perasuah di seluruh negara-negara orang Islam, termasuklah dalam negara kita.

Indeks rasuah kita tidak menurun. Kehilangan harta negara bukan ratus ribu, bukan ratus juta, tetapi bilion-bilion. Dua ratus tiga puluh juta boleh membangunkan atau dibelanjakan untuk negeri seperti Perlis ni, tapi orang bagi hilang berbilion-bilion. Kadang-kadang tak tahu, sekarang kita dengar tentang isu kapal perang dan seumpamanya. Dulu, daripada dulu kita dengar macam-macam, penjajah tak bom pun kapal kita, tapi perasuah menyebabkan kesengsaraan kita lemah.

Lain yang perlu, lain yang dibeli, lain yang dipicit, lain yang negara dapat beli kereta kebal. Akhirnya, kereta kebal tak setara mana, beli kapal-kapal, kapal terbang, kapal terbang jatuh dalam bendang. Macam-macam, ratus-ratus juta, bilion-bilion. Kadang-kadang bangsa ataupun kumpulan manusia yang naif, dia kata biar pi lah, bukan duit saya. Dia ingat duit dia hak dalam poket dia saja.

Itu generasi toyol. Dulu orang tua-tua percaya toyol ni betul ke ada ke tak, ataupun orang dalam rumah dia sendiri jadi toyol. Toyol, dia kata curi duit dalam almari, tapi duit dalam poket, toyol tak curi. Yang ni, yang bukan toyol ni dicuri, punya banyak. Toyol pun kalah, tak ada bomoh nak boleh hadapi mereka. Faham?

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak