Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Saya kadang-kadang tengok ada satu program, program singgah sahur.
Hamba Allah Tweet
Tidur lama sejak kecil kita terbiasa, hingga malu pada isteri. Isteri bangkit untuk memasak, suami masih tidur. Isteri berkata, “Abang, bangunlah. Tinggal 10 minit lagi.” Ya Allah, suami pun bangun, tapi maksudnya rugi malam-malam ni.
Saya kadang-kadang tengok ada satu program, program singgah sahur. Sekarang ni tak banyak buat, dulu banyak. Ada tempat program singgah sahur ni, bagi saya memang program yang tak berapa kena. Pertama, kalau nak hantar makan, hantar makan awal-awal. Waktu sahur tu bukan masa untuk pergi bersembang di rumah orang. Waktu tu waktu ibadat. **”Wabil ashaarihum yastaghfiroon,”** pada waktu sahur mereka beristighfar, bukan pergi bersembang ramai-ramai di rumah orang. Kalau nak bagi makanan, bagi awal-awal, melainkan kalau kita macam di Syria, makanan tak ada. Masa tu, kita pergi bagi makanan sebab mereka nak sahur, sebab makanan tak ada.
Tapi, kalau kawan kita yang kita nak bagi sahur tu, dia pun dah makan kenyang dah tadi. Lepas tu, kita pergi ketuk rumah dia, bersembang, ambil gambar pula. Tak padan. Sayang kalau kena malam lailatul qadar, satu rakaat dua rakaat malam tu lebih baik daripada 1,000 bulan. Kita pula pergi duduk sembang kat tangga rumah orang, tak padan. Lepas tu, ramai-ramai mengumpat pula. Lagi tak kena. Lepas tu, melawak lebih kurang. Bukannya salah bagi makan, tu betul. Tapi, timing tu tak kena. Waktu ni Allah jadikan untuk kita bersihkan diri kita.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak