Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Prof Dato Dr MAZA - Jangan Jadi Encik Biasa-Biasa | Pelajar Perlu Jadi Luar Biasa
Hamba Allah Tweet
Saya selalu cerita pada pelajar-pelajar sekolah bahawa, jika nak berjaya, jangan jadi “Encik Biasa”. Kena jadi “Encik Luar Biasa”. Dulu, guru-guru cerita tentang Encik Biasa. Encik Biasa lahir daripada sebuah keluarga yang biasa, membesar seperti biasa, masuk sekolah seperti sekolah biasa, kualiti pelajarannya juga biasa, peperiksaannya juga seperti biasa. Sambung di sekolah menengah yang biasa, sambung pelajaran macam biasa, mendapat ilmu biasa, berkawad, berkahwin dengan orang yang biasa, bekerja dengan biasa, hidup dalam masyarakat biasa, dan mati seperti biasa.
Sebaliknya, pelajar universiti mesti berfikir untuk menjadi “Extraordinary”. Mereka mesti meletakkan penanda aras yang tinggi. Agama mengajar kita begitu, tidak hanya dalam urusan akhirat tetapi juga dalam urusan dunia. Kita disuruh teliti, tekun, dan bagus dalam urusan dunia. Dalam urusan akhirat, kita disuruh mengikuti teladan orang-orang soleh, bukan meniru mereka yang hanya biasa.
Sekarang, ada orang mungkin berkata, “Saya nak jadi macam doktor Mazhab.” Saya kata, “Jangan jadi macam saya. Cari standard yang tinggi. Ini standard biasa. Cari standard yang lebih tinggi. Orang yang mencapai pencapaian yang tinggi adalah mereka yang meletakkan penanda aras yang tinggi.”
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak