Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.
PM DSAI Berjumpa & Memeluk Dengan Dr Maza Semasa Majlis Berlangsung
Hamba Allah Tweet
Salam hormat,
Berikut adalah kata-kata Dr. Romazah mengenai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya amat menghargai tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang meninggalkan pentas utama untuk bersalaman dan memeluk saya semasa majlis berlangsung kelmarin. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis juga memaklumkan bahawa Perdana Menteri bertanya tentang saya semasa dalam perjalanan dari lapangan terbang ke Kangar.
Sebelum pulang, beliau meminta saya untuk ke Kuala Lumpur bagi berbincang. InsyaAllah, saya akan melakukannya. Mentaati sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah dalam perkara yang tidak mungkar adalah kewajipan seorang Muslim. Ini merupakan arahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, seperti dalam hadis: “Dengar dan taatlah kepada pemerintah kalian, walaupun dia seorang hamba Habshi sekalipun, selagi dia memimpin kalian dengan Kitab Allah.” (HR Muslim)
Sekian dahulu informasi daripada saya. Sumber ini dipetik daripada artikel Facebook Dr. Muza.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak