Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Tapi mereka tidak merasakan hal ini.
Hamba Allah Tweet
Alhamdulillah, Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbaik dalam memberi kesan kepada produk Israel dan produk-produk yang menyokong Israel. Dunia boleh melihat bagaimana bangsa Yahudi yang terlaknat ini, dengan bantuan Amerika, UK, dan kuasa-kuasa Barat lain, membunuh orang Islam secara beramai-ramai. Mereka menyediakan senjata, bom, dan pelbagai lagi untuk menyerang rakyat yang lemah.
Kita semua menyaksikan kezaliman ini, namun masih ada yang mengeluh, “Macam mana nak hidup kalau tak makan produk-produk tertentu ini? Saya dah lama tak makan yang itu, lama tak makan yang ini, rasa macam tak cukup vitamin.” Ada pula yang bimbang, “Kalau kita terus boikot, kesianlah kepada orang-orang yang bekerja di situ, nanti mereka macam mana?”
Namun, mereka ini tidak pernah memikirkan kesengsaraan umat Islam yang lain. Mereka tidak pernah terbayang dalam fikiran mereka apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW, bahawa umat Islam itu seumpama satu jasad. Jika satu anggota rasa sakit, seluruh anggota lain akan berjaga malam dan demam. Tapi mereka tidak merasakan hal ini.
Tetapi, tidak mengapa. Alhamdulillah, Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbaik dalam memberi kesan kepada produk Israel dan produk-produk yang menyokong Israel. Saya sebut hal ini kerana ia penting, supaya kita tahu bahawa ini bukan soal media sosial atau semangat sementara ramai-ramai.
Bukan sekadar malu untuk masuk ke kedai-kedai tertentu kerana bimbang akan diambil gambar oleh rakan dan dimuat naik di Facebook. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai Muslim. **”Responsibility as a Muslim,”** bebanan dan tanggungjawab kita sebagai Muslim. Kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di atas apa yang berlaku.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak