Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Orang Islam, apabila dia mati, tidak menjadi najis hanya kerana kita memegangnya
Hamba Allah Tweet
Benarkah dikatakan bahawa pakaian yang kita pakai ketika menziarahi jenazah saudara Islam hendaklah ditanggalkan dan dibasuh selepas pulang, kerana dikatakan mungkin terpercik darah mayat?
Jika benar darah mayat itu terpercik dan terkena pada baju, maka memanglah ia perlu dibasuh. Tetapi jika tidak ada darah mayat, dan sekadar kita pegang mayat sahaja, pakaian itu tidak perlu dibasuh.
Orang Islam, apabila dia mati, tidak menjadi najis hanya kerana kita memegangnya. Firman Allah dalam surah Al-Isra’, *”Walakad karamna Bani Adam”* (Kami telah memuliakan Bani Adam). Dalam sebuah hadis oleh Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga menjelaskan bahawa orang mukmin itu tidak najis, maka memegang mayat tidak menjadikannya najis.
Cuma, orang tua-tua dahulu menyarankan untuk menanggalkan pakaian selepas menziarahi mayat kerana takut ‘hantu orang mati’ ikut balik ke rumah. Tetapi, jika kita berfikir secara logik, ini adalah kepercayaan yang berasaskan fobia atau ketakutan semata-mata. Kadang-kadang kita percaya pada perkara-perkara sebegini, dan syaitan mengambil kesempatan untuk menguatkan kepercayaan kita yang salah.
Sebagai contoh, kita melihat seseorang menggantung tangkal pada anaknya sebagai pelindung. Kita mungkin berkata, “Ini tak betul, ini syirik,” tetapi orang tersebut mungkin menjawab, “Ini hanya amalan tradisi, ustaz.” Lalu, apabila kita potong tangkal itu, dan malamnya anak itu menangis tanpa henti, kita mula mempercayai bahawa tangkal itu memang berfungsi, dan syaitan akan mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan kepercayaan kita itu.
Sebenarnya, apabila kita memutuskan kebergantungan kepada tangkal atau amalan syirik, kita sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada Allah. Bacalah surah Al-Falaq, surah An-Nas, dan ayat Kursi, supaya kita tidak lagi terlibat dengan perkara-perkara yang tidak betul ini.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak