Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Apa hukum penggunaan vaksin dalam penjagaan kesihatan tubuh? Agama melarangnya?
Hamba Allah Tweet
Apa hukum penggunaan vaksin dalam penjagaan kesihatan tubuh? Agama melarangnya?
Pertama sekali, ulama khilaf pendapat tentang kewajipan berubat ketika sakit. Ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Sekiranya seseorang itu sakit, adakah dia wajib berubat atau tidak? Sekiranya dia memilih untuk tidak berubat dan reda serta tidak mengeluh terhadap ketentuan Tuhan, adakah dia berdosa atau tidak? Ini adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama.
Allah Ta’ala lebih mengetahui, namun jika tindakan tidak berubat itu tidak menyebabkan dia mengeluh terhadap Tuhan atau menyusahkan orang lain, hanya melibatkan dirinya sendiri, maka sebahagian ulama mentarjihkan bahawa dia mempunyai pilihan. Jika dia berubat, dia mendapat pahala kerana menjaga dirinya, sesuai dengan sabda Nabi, *”Wa inna linafsika alaika haqqan,”* yang bermaksud bahawa diri kamu itu mempunyai hak yang mesti kamu tunaikan, iaitu menjaga diri.
Namun, apabila kita melihat orang lain sakit, kita disuruh untuk menyelamatkannya, terutamanya orang yang di bawah tanggungan kita seperti anak-anak. Jika pakar mendapati bahawa vaksin adalah sesuatu yang menyelamatkan, tetapi kita enggan memberikannya tanpa sebab yang munasabah, melainkan berdasarkan sangkaan yang tidak berasas seperti konspirasi Yahudi atau sebagainya, dan akhirnya menyebabkan penyakit menimpa orang di bawah tanggungan kita, maka itu boleh membawa kepada dosa.
Agama menyatakan, *”Wala tulqu biaydikum ila at-tahlukah,”* yang bermaksud, “Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” Allah juga menyatakan, *”Wala taqtulu anfusakum innaAllaha kana bikum Rahimah,”* yang bermaksud, “Jangan kamu membunuh diri kamu, kerana Allah sangat sayang kepada kamu.”
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak