Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Sebab tu saya senantiasa menyeru dan saya sebut berapa kali,
Hamba Allah Tweet
Sebab tu saya senantiasa menyeru dan saya sebut berapa kali, masalah ajaran sesat tidak akan dapat diselesaikan selagi mana kita tidak membetulkan minda dan cara fikir orang Islam. Asas minda dan cara fikir yang mesti kita betulkan ialah hendaklah semua kaum Muslimin beriktikad yang tidak boleh dipertikaikan itu ialah al-Quran dan sunah.
Adapun ulama, tokoh, tok syeikh, tok wali, selain daripada Quran dan sunah, berhak dinilai semula pendapat mereka. Mereka tidak maksum. Saidina Umar pun kata, “In roaitumuni erwi jajan fakawi murni.” Jika kamu tengok aku seleweng, salah, perbetulkan aku. Dia tak kata, “Eh hangpa bagi tahu aku, siapa aku? Saidina Umar dah, nabi puji aku, hangpa jangan duk try-try nak perbetul aku.”
Macam setengah ustaz bila dia mengajar, “Mai hang, siapa saya? Ustaz nan tahu, saya tok guru, hang tahu lagi?” Orang Islam duk buat perangai ni lepas daripada Ayah Pin, mari pokok, lepas tu pokok ni nak mari rubah pun tak tahu. Kita tak boleh selesai kerana cara fikir kita salah. Imam, lebai, haji, ustaz mereka bukan nabi yang tak boleh salah.
Maka setiap pendapat mestilah dibentangkan kepada al-Quran dan sunah. Seperti mana kata Imam Malik, “Kullu ahaddin yuqadu min qawlihi wayutrak illa an-nabi al-maksum Sallallahu Alaihi Wasallam.” Semua orang diterima dan ditolak cakapnya, melainkan nabi yang maksum, Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak