Pengarah JAIS dan Bukan Islam Masuk Masjid
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Ketika kita risau orang Islam pergi ke gereja, mengapa kita halang orang bukan Islam masuk ke masjid untuk mendengar ceramah agama?

Yang saya buat contoh ialah tentang Selangor. Baru-baru ini, saya terpaksa kata tentang Selangor. Pengarah agama Selangor, tak apa pasal dia, saya bukan nak sebut dia pasal dia dah masuk dalam surat khabar. Nama dia apa? Nama dia Khusrin, Haji Khusrin. Kalau saya jumpa dia, saya nak cadangkan supaya tukar nama. Sebab Khusrin ini, bukan dia salah. Saya kata mungkin orang yang bernama dulu silap. Kan, kita apa makna Khusrin? Ah, tak tahu. Okey, okey, tak apa lah. Nama dia bukan salah dia, tapi saya nak cerita.

Dia kata, umpamanya di Malaysia, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar, masuk dalam surat khabar. Ini satu pandangan, pandangan yang bagi saya sempit. Saya tak nafikan ada fuqaha yang pandangan macam tu. Tetapi mengapa dia tidak memilih pandangan yang mana yang menyatakan orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid kalau nak dapat manfaat, kalau ada kepentingan, ada tujuan tertentu.

Pada zaman Nabi, orang-orang bukan Islam masuk dalam masjid jumpa Nabi. Perwakilan-perwakilan jumpa Nabi dalam masjid, mereka berdialog dengan Nabi dalam masjid. Tapi oleh kerana dia ada kuasa, dia kata ini pandangan yang dianggap kuat. Bukan kuat, itu pandangan orang yang ada kuasa. Tapi kalau tanya saya, saya tak setuju pandangan tu kerana dia akan memberikan orang bukan Islam di Malaysia salah faham.

Ketika kita risau orang Islam pergi ke gereja, mengapa kita halang orang bukan Islam masuk ke masjid untuk mendengar ceramah agama?

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak