Pemuda UMNO Desak Haramkan GISBH #MGFlash
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Pemuda UMNO Desak Haramkan GISBH #MGFlash

Kerajaan didesak mengharamkan GISP Holding Sendirian Berhad (GISBH) yang mengenakan hukuman berat kepada si pelaku sekiranya benar kanak-kanak kendalian syarikat itu diajar cara meliwat dan diliwat. Menerusi kenyataan di halaman Facebook, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Salleh, meminta agar pihak berkuasa merempuh dan menyiasat setiap cawangan GISBH di seluruh negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melimau berkata, insiden yang berlaku dalam pusat amal kendalian GISBH bukan ajaran Islam, sebaliknya ajaran syaitan. Media semalam melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razauddin Hussein, berkata siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati modus operandi songsang itu dilakukan di 20 rumah amal kendalian GISBH. Menurutnya, 8 kertas siasatan telah dibuka dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) serta Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Siasatan juga dibuat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyelundupan Migran 2007 (Akta 670), Kanun Keseksaan (Akta 574), dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak