Pemikiran Fikratul Irja’
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Pemikiran Fikratul Irja'

Hadirin dan hadirat sekalian, hal ini berterusan sehingga rintangan dunia Islam muncul beberapa pemikiran yang sangat mengancam kepada maksud Islam sebagai agama yang menuntut kepada perjuangan dan penegakkan. Antara pemikiran tersebut ialah pemikiran yang dinamakan dengan fiqratul irja, pemikiran Murjiah. Walaupun Murjiah pada hari ini tidak ramai orang yang tahu, dan mungkin orang yang belajar agama pada generasi sekarang tidak tahu apa itu Murjiah, namun pemikiran Murjiah telah menyerang dunia Islam dahulu dan ia masih hidup sehingga hari ini.

Fiqatul irja ialah pemikiran yang menganggap bahawa yang dikatakan iman merupakan keyakinan di dalam hati dan amal tidak ada kaitan dengan iman. Maka lainlah ramai orang Islam yang menganggap, “Saya telah percaya dengan Islam, soal saya nak memperjuangkan Islam, soal saya nak mempertahankan Islam, soal saya nak berpegang dan beramal dengan Islam itu tidak ada kaitan.” Islam dalam soal keimanan, Islam dalam soal kepercayaan cukup. Pemikiran ini tersebar pada generasi yang lepas selepas daripada penghujung zaman para sahabat radhiallahu ‘anhum, kemudian ia berlarutan.

Kita lihat, sehingga hari ini, ada orang Islam yang mungkin pakaiannya teruk, amalannya teruk, dia akan kata, “Awak jangan lihat pada pakaian saya, pada amalan saya. Awak tak tahu iman dalam hati saya.” Ini adalah pemikiran Murjiah yang masuk di dalam umat Islam, dan pemikiran itu berlangsung sehingga hari ini.

Kita sukar apabila kita berjumpa dengan generasi baru hari ini. Bila kita bercakap, seperti mana yang tuan-tuan minta saya bercakap hari ini, soal pengorbanan, soal jihad, dia akan kata, “Iman duduk dalam hati, dia tidak perlu untuk kita tunjukkan pada orang. Dia tidak pergi untuk belajar akidah ataupun tentang perbezaan aliran kefahaman.” Untuk dia tahu Murjiah, tetapi Murjiah itu mengalir, sebab itu saya tidak kata dia Murjiah, tetapi ia mengandung apa yang dinamakan dalam istilah ahli-ahli pemikiran Islam sebagai fikratul irjah, pemikiran irjah.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak