Pekerja Diwajibkan untuk Menutup Janggut
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Saya bekerja di kilang pengeluaran makanan. Semua pekerja diwajibkan untuk menutup janggut menggunakan kaedah yang disediakan kerana khuatir janggut tersebut jatuh ke dalam makanan. Adakah ini satu penghinaan pada sunnah Nabi? Minta penjelasan.

Tuan-tuan, saya minta kita semua janganlah cepat membuat kesimpulan. Kita kena tahu setiap perkara, apa tujuan orang suruh kita buat sesuatu. Harta kita dengan orang non-Muslim pun, apa tujuan di sebalik semuanya atau sesuatu yang mereka suruh kita buat atau mereka uruskan. Kalau dia kata dia tak suka janggut nampak macam Nabi, itu memang hina. Tapi kalau sebab janggut jatuh dalam makanan, itu adalah untuk menjaga kebersihan, yang juga disuruh oleh agama.

Contohnya, kalau orang naik motosikal polis pakai topi keledar, kita kena pakai topi keledar, bukan serban. Kalau ada orang kata awak tak patut pakai serban, pakailah topi keledar, itu bukan hina sunnah Nabi. Kalau pakai serban jatuh, memang kepala pecah. Sunnah naik motosikal pakai topi keledar, bukan serban. Sunnah naik kereta pakai tali pinggang keledar kerana sunnah Nabi ialah buat benda yang menyelamatkan diri. “Wala tulqu bi aydikum ila attahlukah” – jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan.

Mereka kata zaman Nabi mana ada kereta, tapi maksud Nabi supaya kita tidak jatuh. Maksud Quran supaya kita tidak jatuh ke dalam kebinasaan. Nabi pun naik kuda pegang tali. Kadang-kadang saya tengok sebahagian isu politik, macam-macam pandangan kiri dan kanan. Ada seorang sangat kaya dalam negara ni, dia memang bilionair, multi-bilionair. Kemudian ada orang timbulkan di parlimen kerana projek-projek dia dapat semua, dan kemudian ada orang kata, tengok itu tanda dia bermusuh dengan Islam. Sebab kawan tu Islam, saya kata kita buat kesimpulan, adakah dia pertikai tu kerana dia benci pada Islam atau dia pertikai kerana orang tu seorang saja yang dapat projek? Oh dia tu Islam, bukan dia Islam, saya pun Islam juga. Pasal apa dia saja dapat projek 3 bilion, saya tak dapat. Oh dia bayar zakat, habislah kalau aku dapat aku tak bayar.

Jadi, kita buat kesimpulan, kita kena tanya. Itu tanda dia dah bermusuh dengan Islam dan dia mungkin kafir arbi. Saya rasa saya tak mahu masuk campur. Parti-parti ni kadang-kadang 2×5, 5×2. Ya, kedua-duanya. Tapi ertinya, banyak sangat isu agama dimainkan. Semua pakat keluar pandangan, bosanlah kita. Bawa keluar pandangan dan pandangan-pandangan ini kadang-kadang orang awam jadi pening.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak