Patutkah Kerajaan Perangi Orang Tak Bayar Zakat
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Adakah patut ataupun perlu kerajaan buat macam memerangi orang yang tak bayar zakat ni sebagaimana LHDN dengan cukai? Bukan memerangkap, tapi mereka pergi ke syarikat-syarikat untuk memeriksa sama ada cukai dibayar dengan betul atau tidak.

Saya setuju kerajaan bertindak terhadap orang yang tak bayar zakat jika mereka wajib membayar zakat. Kalau orang tak bayar zakat, kita kena suruh mereka bayar zakat dan kita kena beri peluang untuk mereka bayar zakat di banyak tempat.

Abu Bakar memerangi orang yang tak bayar zakat pada zamannya. Cuma apabila kita nak laksanakan perkara yang seperti itu, ia agak susah sedikit. Memerangi ini maksudnya kita bertindak pada orang yang tak bayar zakat. Kita boleh bertindak dalam negara ini, mungkin mudah sebab LHDN kita telah bertindak, tapi kadang-kadang orang akan persoal.

Kalau Islam itu kadang-kadang kelihatannya tidak komprehensif dalam pelaksanaan, misalnya solat kita tak tekan sangat, yang lain kita tak tekan, tapi tentang zakat kita tekan. Tak apa, kita boleh tekan zakat, tapi kita juga dalam masa yang sama kena buktikan bahawasanya ada pelaksanaan pembahagian zakat yang baik.

Saya ingat orang Islam akan bayar dan kerajaan bukan saja boleh bertindak, tapi dia juga bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap orang yang tak bayar zakat. Itu termasuk dalam tanggungjawab melaksanakan hukum Allah.

Ada hadis yang mengatakan kita tak boleh memerangi pemerintah selagi dia solat. Setakat ini kita nampak mereka solat, memang mereka solatlah kan. Kita tak tahu solat-solat apa yang wajib, tapi selagi mereka kata mereka solat, mereka solat. Pemerintah kan tiap-tiap pagi nampak di masjid untuk solat subuh. Tuan-tuan pergilah ke masjid atau rumah mereka.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak