Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
PAS: Parti Ajaran Sesat?
Hamba Allah Tweet
Sebenarnya, sepatutnya kita buat ini lama dah, bukan hari ini. Kita tengok ramai benar-benar orang yang sesat kerana umat Islam tidak bangkit untuk memberitahu. Hari ini, alhamdulillah, di atas daya usaha Datuk Wira Pak Rusli dan juga cetusan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, maka berlakulah majlis ini.
Saya rasa majlis hari ini sangat penting. Tajuk wacana kita hari ini adalah mengenai ajaran sesat. Memang benar, ajaran sesat itu ada, dan saya mempunyai hujah serta bukti untuk dikongsi. Bersama saya hari ini, terdapat 100 orang bekas Alifah. Ada yang nikah dua kali, ada yang tidak makan sembelih orang UMNO, dan ada yang bergaduh dengan adik-beradik. Jadi, hari ini kita buka peluang untuk sesi soal jawab.
Jika ada yang ingin bertanya, mari. Kita bukan nak rakyat dengan video, tetapi nak tunjukkan orang-orang ini dari kawasan Marang dan Besut. Kita ingin membuktikan bahawa ajaran sesat yang berlaku ini mempunyai jawapannya.
Saya faham mungkin ada yang takut untuk bertanya. Saya sudah berada dalam bidang ini selama 22 tahun, dan saya tahu A sampai Z. Jadi, tidak usah bimbang. Jika nak tanya, saya boleh tunjuk bukti dan memberi penjelasan. Senang sahaja jika kita terbuka untuk berdialog.
Terima kasih kepada pengerusi atas kesempatan ini.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak