Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Para ambiya tengok orang perempuan lalu, tengok tak tengok dosa kecil.
Hamba Allah Tweet
Para ambiya tengok orang perempuan lalu, tengok tak tengok dosa kecil. Para ambiya berlaku perbahasan dosa-dosa kecil ini susah orang nak selamat, tambah zaman sekarang lagi susah. Adakah ada kemungkinan dosa kecil ini kita dah terjatuh? Di kalangan para ambiya, khilaf majoriti para ulama kata tidak. Kalau tidak, mengapa para nabi memohon istighfar kepada Allah Azzawajal? Kenapa pohon istighfar?
Mereka kata pohon istighfar kerana nabi adalah orang yang dekat dengan Allah Taala. Apabila dia berkurangan amalan dia ataupun dia berkurangan benda yang patut dia buat, kalau tak buat pun tak berdosa, dia rasa macam bersalah. Bila dia rasa bersalah, dia beristighfar, dia pohon keampunan daripada Allah.
Adam Alaihissalam buat dosa ke tak? Berlaku perbahasan, yang penting Adam buat salah. Kalau tak salah, Tuhan tak hukum dia. Dia beristighfar, dia pohon keampunan daripada Allah Azzawajal.
Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam dalam Quran pun dia sebut pohon keampunan: “Rabana wajaalna muslimah ini lakawamin Zuri yatina umatan muslimah talak wa Arina mana sikana watuba alaina innakaan tatawaburrahim.” Waktu buat alaina, dia minta dia dengan Nabi Ismail. Dia minta, ya Allah ampunkanlah kami berdua.
Kesimpulannya, kata mereka, kemungkinan para nabi minta keampunan kerana dia rasa tak boleh kurang dia dengan Allah Taala. Kita macam ni lah, simple tuan-tuan. Orang tu kita baik dengan dia, dia tahap hang tak pi tak apa kata aku. Walaupun tak wajib, aku nak kena pi kata dia baik dengan aku. Aku tak pi tak kena dah, misalnya begitu.
Kita ada kepentingan sangat, orang panggil kita kenduri. Kenduri ni wajiblah, tapi kalau kita ada keuzuran, kita dimaafkan. Tapi kita demam hari tu, ikut kot kita tak leh pi. Ah gagah bangkit pi, dia kata tak usah duk bangkit pi lah. Kata demam tu tak larat bangkit, atas masjid pun tak larat pi. Dia kata aku pi ah tak larat, nak kena gagah. Pasal apa? Kata oh, oh kenduri rumah orang lain tak apa, rumah dia aku kena pi. Dia baik dengan aku, kata tolong aku sungguh.
Bila kita tak leh pi rumah dia tu, rumah orang lain pun pernah kita tak pi juga. Kawan-kawan lain, tuan-tuan minta maaflah aku tak leh pi. Dia kata aku tak berapa sihat rasa tak apa. Tapi kalau kita tak leh pi rumah dia tu, kita rasa eh, aku minta maaflah kat hang hari ni 3-4 kali minta maaf sebab kawan rapat.
Jadi hubungan yang rapat, kata mereka, menyebabkan insan itu ada perasaan yang berbeza dengan pihak yang dia berhubung. Maka apabila nabi-nabi terlalu rapat dia dengan Allah Taala, bila benda yang rasanya pada orang lain tak buat tak apa, bila dia tinggal, dia rasa tak wajar bagi pihak dia. Maka kata mereka di atas itulah para ambiya ini beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah Subhanahuwataala dan nabi beristighfar.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak