Orang Politik Tidak Boleh Mempergunakan Agama
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Sekularisme memang tidak bagus kerana agama yang benar mestilah mengawal negara.

Kita sentiasa mewujudkan kebencian dan permusuhan, dan itu tidak ada kaitan dengan agama. Ia hanyalah semangat yang dibangkitkan oleh sebahagian orang. Saya bimbang kerana itu saya kata kita tidak bersetuju dengan negara sekular, tetapi kita lebih tidak bersetuju dengan mana-mana pihak berkuasa politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Sekularisme memang tidak bagus kerana agama yang benar mestilah mengawal negara. Tetapi jika agama tidak mengawal negara dan sebaliknya digunakan sebagai alat untuk survival politik, maka saya kata dalam keadaan itu sekularisme lebih baik. Sekurang-kurangnya nama agama tidak tercemar. Kita mahukan negara yang mempunyai roh agama, tetapi kita tidak mahu negara yang mempergunakan agama. Di mana saja, ahli politik tidak boleh mempergunakan agama.

Islam adalah kedamaian. Apabila kita mempunyai persepsi yang salah tentang Islam, bukan Muslim akan sentiasa hairan. Saya sebut beberapa contoh. Umpamanya, dulu banyak kali saya sebut tentang bukan Muslim yang kadang-kadang membantu membina masjid, memasang karpet, dan sebagainya. Selepas karpet dipasang, kita kata haram bagi bukan Muslim masuk ke dalam masjid. Mereka hairan, “Hari itu saya masuk untuk pasang karpet, tapi bila saya mahu dengar apa yang mereka cakap, saya disuruh duduk di luar.”

Kita telah membuat penafsiran yang pelik. Memang ada pandangan sarjana yang berbeza, tetapi kita memilih yang menyusahkan. Contohnya, Sumamah bin Utsal, ketua kaum daripada Bani Hanafiah, yang ditangkap oleh Nabi kerana melawan Islam. Nabi menambatnya di dalam masjid. Setiap kali waktu solat, dia terpaksa melihat orang Islam sembahyang. Lama-kelamaan, orang Islam memberi dia makan, dan Nabi tanya dia bagaimana keadaannya. Pada mulanya, dia tidak mahu terima Islam, tetapi selepas beberapa hari, Nabi suruh lepaskan dia. Walaupun ego, selepas melihat orang Islam sembahyang dalam masjid, dia keluar, pergi mandi, dan kembali kepada Nabi untuk menyatakan keislamannya.

Siapa yang pernah tinggal di Eropah akan tahu bahawa masjid menjadi tempat di mana bukan Muslim datang mengambil bahan dan mendengar penerangan tentang Islam. Sekarang kita keliru. Bila orang keluar seketika, non-Muslim tak boleh masuk masjid. Mereka bingung. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Ada bekas mufti kata boleh, yang lain kata tak boleh. Jadi, mereka tak tahu mana yang betul tentang Islam.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak