Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Boleh ke orang yang bukan Islam kata "alhamdulillah" atau "insyaAllah"?
Hamba Allah Tweet
Pertama, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Satu, insyaAllah, boleh tak? Boleh ke orang yang bukan Islam kata “alhamdulillah” atau “insyaAllah”?
Ada orang kata tak boleh, tapi kenapa tak boleh? Dia yang nak kata, kan? “Alhamdulillah” maksudnya pujian untuk Allah. Macam mana nak kata pujian untuk Allah? Oh, “all praise to Allah.” Apa nama… misalnya, ha, Chan Chan, ha ha. Maksudnya, puji untuk Tuhan. Saya nak kata, puji untuk Tuhan. Lepas tu, saya kata, “Uncle, esok datang pejabat saya, insyaAllah.” Maksudnya, kalau Tuhan izinkan, saya akan sampai. Itu maksud dia.
Adakah saya boleh marah kalau Uncle kata “insyaAllah”? Tak boleh marah, melainkan kalau orang tu cakap “Allah” untuk timbulkan provokasi. Dia ambil Allah, dia letak di tempat lain, umpamanya ini agama Buddha, dia letak Allah. Tak bolehlah, nanti keliru. Tapi kalau dia cakap “Allah” dan dia cakap “insyaAllah”, nanti saya tolong.
Saya ada kawan di Bukit Mertajam. Kalau orang beli barang pada dia, dia cakap “alhamdulillah” dan “insyaAllah.” Di Kelantan, Cina di sana selalu kata “alhamdulillah” dan “insyaAllah.” Cumanya, dari perspektif Islam, adakah orang itu telah jadi Muslim? Tak, sebab kalau nak jadi Muslim, dia kena ucap “asyhadu alla ilaha illallah” dan “wa asyhadu anna Muhammadur Rasulullah.” Maksudnya, dia kena percaya dan menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baru dia jadi Muslim. Itu pun dia kena ucap dengan kepercayaan dia.
So, kalau uncle tanya, ada orang kata, saya kata “insyaAllah”, ada orang Melayu di Perlis marah pada saya. Saya bagi tahu, dia tak boleh marah, sama uncle. Ha ha, okey okey, insyaAllah.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak