Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Mufti Perlis hantar surat bertemu GISB
Hamba Allah Tweet
Saya telah mengeluarkan isu ini tanpa menyebut nama kumpulan tersebut. Cumanya, mereka seperti orang yang buang angin dalam kereta, seperti yang saya sebut pada kuliah lepas. Mereka rasa saya bermaksud mereka makan air kotoran, makan bulu, minum air bulu, janggut, dan misai mereka. Mereka rasa demikian seperti kita kata semalam, di mana tiga orang pencuri memakai baju merah telah masuk ke kampung kita. Tiba-tiba, tiga atau empat orang datang nak saman kita, bertanya kenapa kita tuduh mereka. Saya kata, saya tak sebut nama awak, tetapi awak sebut warna merah. Kenapa mereka terasa?
Mereka juga mengisytiharkan bahawa mereka ingin menyaman saya atau menghantar notis kepada saya, dan mereka telah menghantar. Tidak apa, ada lagi hal yang kita tidak nak sebut, seperti soal tidak solat Jumaat yang dibentangkan dalam mesyuarat. Dalam kajian itu, kita tidak sebut soal menjamakkan solat sepanjang waktu juga disebut dalam kajian tersebut. Kita minta, kerana kita dalam siasatan hari ini. Kita telah menghantar surat kepada pemimpin utama mereka untuk hadir ke Perlis pada 20 hari bulan. Saya sebut terus walaupun sebahagian pihak berkuasa menyatakan kepada saya, “Datuk, keluarkan sahaja fatwa, tak payah ajak mereka lagi, mereka sudah jelas.” Namun, saya tetap akan panggil mereka, dan katanya, mereka bersetuju untuk hadir.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak