Muallaf Tak Dapat Solat Pada Waktunya. Apa Solusi?
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Dia nak tinggal, tak boleh.

Saya buat contoh, kadang-kadang ada orang terkejut sangat. Ada orang yang nak sembunyikan Islam dia daripada famili dia, mak awal lagi, takut nanti berberantakan, yang dia tak mampu. Tapi macam mana dia nak solat sekarang? Dah masuk waktu zohor, 4.00 petang, mak dia ada lagi. Dia nak tinggal, tak boleh. Semua keluarga ada; kalau dia hilang, orang akan tahu. Masuk masjid, pergi sembahyang, terus tahu.

Kalau kau pakai satu qaul, mungkin dia kata, “You kena sembahyang juga.” Tapi ada qaul yang membenarkan dalam keadaan kesuntukan dan kepayahan, dijamakkan solat. Dia mungkin boleh buat jamak terakhir nanti, ataupun dia tahulah majlis nanti akan berlaku. Dia jamakkan pada waktu awal majlis, mungkin 2.00 atau 1.00 suku. Masuk waktu sembahyang zohor, dia sembahyang asar pada 4.00 petang untuk mengelakkan hal itu.

Ada hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dia menyatakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam solat zohor dan asar berjemaah, dengan arbaan jamak tanpa musafir dan tanpa hujan. Rasulullah jamakkan solat, dan orang tanya Ibnu Abbas kenapa. Ibnu Abbas kata, “Kerana dia tak mahu menyusahkan umatnya.” Walaupun dalam sebahagian mazhab Syafie dia kata tidak, tetapi seperti mana kata an-Nawawi, dalam mazhab mazhab lain, seperti mazhab Hanbali, boleh dijamakkan solat apabila manusia dalam kesuntukan.

Contohnya, orang ada peperiksaan di luar negara. Peperiksaan mula 2.00 petang sampai 6.00 petang. Ataupun dia tak ada ruang nak solat, mula 1.00 petang sampai 6.00 petang. Dia boleh solat jamak terakhir. Umpamanya doktor bedah, takkanlah nak tinggalkan pesakit dan pergi solat sekejap, kan? Atau polis yang jaga trafik light, takkanlah dia langgar pelan-pelan dan pergi sembahyang sekejap, nanti datang balik.

Jadi, mazhab yang luas memberikan ruang. Semua orang sepakat bahawa sembahyang boleh dijamak, sama ada musafir atau keadaan mendesak. Sekarang ni, walaupun tak musafir, tetapi keadaan mendesak, boleh. Contohnya, orang perempuan yang musafir naik bas. Tak tahu nak berhenti di tempat mana, takut dalam perjalanan waktu maghrib masuk. Dia sembahyang maghrib dan isyak di rumah. Berapa lama dia boleh jamakkan di rumah? Tak musafir, tetapi dalam keadaan sesat, dia boleh. Tetapi ada juga situasi di mana dia naik bas, dan mungkin pukul 8.00 malam, tak perlu berhenti, kerana nanti susah nak cari dia.

Ada keluasan dalam Fiqah, sebab itu Fiqah ini perlu dipelajari. Saya bukan kata ini di wilayah, tapi kalau di Perlis, saya sebut. Sebab itu di Perlis kita kata, kita mengambil fakir dari semua mazhab dalam mengeluarkan pandangan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak