Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kadangkala, orang kita tidak dapat bezakan antara kewujudan dengan kebenaran.
Hamba Allah Tweet
Saya selalu sebut dan tekankan bahawa kita perlu bezakan antara beberapa perkara, khususnya antara mengiktiraf kebenaran dengan mengiktiraf kewujudan. Mengiktiraf kebenaran tidak sama dengan mengiktiraf kewujudan, dan sebaliknya, mengiktiraf kewujudan tidak sama dengan mengiktiraf kebenaran.
Sebagai contoh, saya mengiktiraf kewujudan agama Hindu dalam negara ini, tetapi saya tidak mengiktiraf kebenarannya. Namun, saya tidak boleh menafikan bahawa agama tersebut wujud, dan apabila ia wujud, ia mempunyai hak-hak sebagai entiti yang wujud.
Kadangkala, orang kita tidak dapat bezakan antara kewujudan dengan kebenaran. Katakanlah saya Perdana Menteri Malaysia, tak kisahlah Perdana Menteri yang ke berapa atau apa latar belakang saya, sama ada saya syeikh atau sesiapa pun. Kalau saya jadi Perdana Menteri Malaysia, bukan Saudi, saya terpaksa mengizinkan bukan Muslim mewujudkan pusat ibadat mereka jika mengikut peraturan.
Adakah jika saya membenarkan mereka mewujudkan pusat ibadat, itu bererti saya telah reda dengan kekufuran mereka? Sebenarnya, bukan saya reda, tetapi saya mengiktiraf kewujudan mereka. Sebab itu, saya pernah tulis artikel bertajuk “Izin Bukan Bererti Reda”. Semua perkara atas muka bumi tidak boleh berlaku melainkan dengan izin Tuhan. Seseorang yang melakukan maksiat tidak akan dapat melakukannya melainkan dengan keizinan Tuhan. Namun, apa yang Tuhan izinkan bukan bererti Tuhan reda.
Apabila kita ada golongan yang ekstrem, mereka tidak dapat bezakan perkara ini. Apabila kita berdialog dengan non-Muslim atau berhubung dengan mereka, mengiktiraf kewujudan mereka dan memberikan ruang kepada mereka, mereka anggap itu sebagai mengiktiraf kebenaran agama itu. Ini tidak benar. Yang sebenarnya, ia adalah mengiktiraf kewujudan agama lain.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak