Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kenapa Kristian tak boleh panggil Tuhan Allah?
Hamba Allah Tweet
Ini pun soalan chumpu mas key, kenapa Kristian tak boleh panggil Tuhan sebagai Allah sedangkan Bible tulis Allah sebagai Tuhan? Ha, kenapa Kristian tak boleh panggil Tuhan Allah?
Sebenarnya, kalau kita pergi ke negeri Arab, orang Arab yang Kristian memang panggil Tuhan mereka Allah. Saya ada Bible yang berbahasa Arab, dan dalamnya tertulis Allah. Pada zaman Nabi Muhammad, orang Kristian datang jumpa dengan Nabi Muhammad, dan mereka panggil Tuhan mereka Allah. Nabi Muhammad tak pernah marah mereka; itu memang hak mereka. Bahkan, ketika itu, orang bukan Islam, orang Arab, semua panggil Tuhan mereka Allah. Jadi, tak ada masalah untuk orang bukan Islam panggil Tuhan Allah asalnya.
Cumanya di Malaysia, ia kadangkala jadi isu sebab ada orang yang apabila menyebut Allah, mereka bukan maksudkan Allah yang sebenar; mereka maksudkan yang lain. Itu saja yang dipertikaikan. Tapi kalau orang ditanya di Perlis, kita ada fatwa, boleh tak bukan Islam panggil Allah? Kalau dia kata, “Hari ini Tuhan Allah bagi hujan,” boleh tak? Boleh. Kita tak boleh kata, “Eh, kamu bukan Islam, jangan sebut Allah.” Tak ada. Kita tak ada masalah. Cuma dia tak boleh tulis Allah pada benda yang bukan sebenar Allah, itu saja.
Kalau dia kata, “Saya doa supaya Tuhan Allah bagi Datuk sembuh,” atau “Tuhan Allah bagi Datuk sihat,” kalau YB guna kata itu, tak ada masalah. Ha, sebenarnya tidak ada larangan dalam hal itu. Ha, terima kasih.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak