Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Masjid & Orang Bukan Islam - Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri
Hamba Allah Tweet
Kita, kalau ada orang buat pertunjukan dalam masjid, kira setengah orang mungkin di Malaysia ada sensitif. Bila ada orang buat pertunjukan dalam masjid, mereka kata, “Ini masjid tempat sembahyang, bukan untuk buat pertunjukan.” Ini kerana kita telah lari tersasar daripada tujuan sebenarnya masjid sebagai pusat sosial. Fahamkah kita tentang khidmat sosial yang diberikan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman baginda? Perwakilan-perwakilan datang jumpa Nabi dalam masjid, dan kita tahu hadis Sumama bin Utsal, ketua kabilah Bani Hanifah. Dia ditangkap oleh Nabi kerana khianat dan kafir, lalu diikat di dalam masjid.
Di Malaysia, ada isu orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid. Ini menimbulkan persoalan; mereka hairan kenapa karpet, bumbung, dan kipas angin boleh dipasang, tetapi orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk. Dalam kes Sumama, walaupun dia ditangkap dan ditambat dalam masjid, setiap kali Nabi masuk, Nabi bertanya kepadanya. Sumama menjawab, “Aku dalam keadaan seperti biasa,” tetapi dia melihat bagaimana orang Islam sembahyang. Akhirnya, dia meminta dibebaskan, dan setelah dibebaskan, dia mandi dan mengucap dua kalimah syahadah. Hadis ini dijadikan dalil dalam mazhab Syafi’i bahawa orang bukan Muslim boleh masuk masjid.
Namun, dalam kuliah atau ceramah yang kita adakan, hanya orang Muslim yang diundang. Kita tidak memberi peluang kepada non-Muslim untuk melihat keindahan Islam. Kita sering memberitahu mereka bahawa Islam itu cantik dan hebat, tetapi kita tidak berkongsi keindahan masjid kita dengan mereka. Ini seharusnya menjadi perhatian kita semua.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak