Masa Banjir Ada Barang Orang Lain Sangkut Kat Rumah Kita. Boleh Ambil?
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Bolehkah kita miliki harta tersebut?

Sekiranya dalam suasana banjir, ada negeri-negeri yang banjir, harta yang hanyut dengan air banjir tiba-tiba tersadai di rumah kita. Kita pun tak tahu siapa tuannya. Ataupun, ada ikan yang orang bela di kolam dan sebagainya, kita jumpa, bolehkah kita miliki harta tersebut?

Okey, jika harta itu kita confirm hak orang punya, kita tidak boleh mengambilnya. Jika ia tersangkut di tempat kita, kita kembalikan kepada empunyanya. Jika kita tak tahu siapa empunyanya, kita boleh maklumkan. Kalau ada orang tipu pun, orang tu yang berdosa kerana ia bukan harta kita. Tapi, kalau benda tu ada, kita duk cari tak dak siapa nak ambil, dan pihak berkuasa pun tak dak yang boleh kita percayai untuk berikan prosesnya, macam tu, macam tadi juga, kita boleh sedekahkan benda tu jika sekiranya ia boleh disedekahkan.

Kalau sekiranya benda tu benda makan, macam ikan tadi, tiba-tiba dia tuntut ikan dia, kita bayarlah ikan dia. Kita bayar ikan dia. Cumanya, jika sekiranya kita dalam keadaan darurat banjir, tak dak makan, ada ayam siapa terbang mai, ha mai duduk atas bumbung kita, kita pun duduk atas bumbung tu, ha ha ha, boleh ya, sembelih ayam tu. Boleh kalau kita tidak ada makanan. Wah, darurat itu darurat, dan darurat itu disekat dengan kadarnya. Maka kita makan sekadar yang perlu saja. Kalau sekadar kita boleh selesaikan kelaparan kita, tu sekadar seekor sajalah. Jangan tibai sampai lima ekor, aa sampai kenyang lebih. Kalau tidak, kita dan itu pun jika selepas daripada itu dia mai tuntut pada kita, kita membayar harganya. Kita membayar harganya. Allahuakbar.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak