Maksud Sebenar Rahmatan Lil Alamin
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Ustaz, mohon pencerahan tentang maksud sebenar "rahmatan lil alamin"

Ustaz, mohon pencerahan tentang maksud sebenar “rahmatan lil alamin” kerana ada orang yang tersalah tafsir perkara ini dan ada yang tersalah faham. Jadi, mohon pencerahannya, ustaz.

Maksud sebenar “rahmatan lil alamin,” oi, kacau ni, kan?

Okey, siapa dia yang “rahmatan lil alamin” ini? “Wama arsalnaka illa rahmatan lil alamin,” Kami tidak menghantar engkau, wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam. Nabi itu rahmat untuk sekalian alam. Maksudnya, nabi adalah rahmat kepada orang yang beriman dengannya dan juga rahmat kepada orang yang tidak beriman dengannya.

Namun, untuk faham “rahmatan lil alamin,” bukan hanya berdasarkan cara mufti Perlis, mufti Kedah, mufti Selangor, atau mufti mana-mana. Juga bukan berdasarkan cara Menteri atau parti politik. Untuk faham “rahmatan lil alamin,” kita perlu memahami tuan punya “rahmatan lil alamin,” iaitu nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri.

Bagaimana nabi menunjukkan rahmat? Nabi bila dia memberi rahmat, dia memberi rahmat kepada orang Islam dengan ajaran nabi yang penuh kasih sayang dan ukhuwah. Nabi mempertahankan Islam dan tidak membenarkan orang menyerang mereka yang tidak bermusuh dengan Islam. Nabi baik dengan mereka, tetapi nabi juga tidak membenarkan orang mencerca agama Islam secara berlebihan. Kaab bin Asyraf adalah contoh seseorang yang menghina agama nabi, dan nabi menghantar Muhammad bin Maslama untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana tindakan Kaab melampau.

Nabi juga bertindak terhadap orang yang menyerang agama, tetapi tindakan tersebut bukanlah bertentangan dengan rahmat. Rahmat tidak bermakna membiarkan kejahatan tanpa tindakan. Contohnya, jika ada seseorang mencuri, dia perlu dihukum dengan potong tangan untuk mengelakkan pencurian berterusan. Hukum itu adalah sebahagian daripada rahmat kerana ia menghalang jenayah dan melindungi masyarakat.

Begitu juga jika seseorang memukul kita dan kita tidak membalasnya, itu adalah rahmat. Namun, jika orang itu terus melakukan kejahatan kepada orang lain, tindakan mesti diambil. Rahmat bukan bermakna membiarkan semua kejahatan berterusan tanpa tindakan. Kadang-kadang orang tidak faham bahawa rahmat yang dilaksanakan oleh nabi perlu ada keseimbangan. Mereka membuat tafsiran sendiri tanpa memahami konteks sebenar rahmat yang diajar oleh nabi.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak