Maksud Cegah Menggunakan Tangan
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Nabi tak pernah tampar orang menggunakan tangan, kan Doktor?

Aa, saya nak tanya soalan, Doktor. Apa nama, kan ada saya tak pasti ni hadis ke yang kata “Man ra’a minkum munkaran fal yughayyirhu biyadihi, fa illam yastati’ fa bilisanihi, fa illam yastati’ fa biqalbihi wa dhalika adha’ful iman”?

Okey, terima kasih. Betul, hadisnya cuma ada tak silap saya pernah dengar ada lagi satu hadis tentang kita tegur dengan menggunakan tangan ni, kan? Kan Nabi dia… dia macam contoh kita dalam mendidiklah, mendidik anak-anak ataupun kita mendidik murid-murid, kan?

Okey, kita tegur dengan tangan ni, macam apa… Nabi tak pernah tampar orang menggunakan tangan, kan Doktor? Kan dia tak pernah pukul orang di muka, dan tidak pernah pukul hamba, dia tak pernah pukul isteri dia. Tetapi dalam peperangan, Nabi membawa pedang cuma tidak ada orang yang diriwayatkan bahawasanya dia mati dibunuh oleh Nabi, melainkan, apa nama… Ubai bin Khalaf, dia saja yang mati dibunuh oleh Nabi.

Okey, maksudnya yang tadi, yang kata tegur dengan tangan, lepas tu Nabi tak pernah menggunakan tangan, macam mana tu? Macam ada sedikit kontradiksinya. Tegur dengan tangan tu maksudnya, dia bukan tegur… dia bukan perkataan tegur, tegur dalam konteks orang Melayu ni mungkin tegur dengan tangan faham macam buah penampar tu kot. Ha… Apa dia kata? Nabi kata, “Man ra’a minkum munkaran fal yughayyirhu biyadihi,” sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran maka ubahlah dengan tangan.

Ubah dengan tangan ni ada banyak maksud. Yang pertama, mungkin penguasa mengubah dengan kuasa. Tangan juga boleh bermaksud kuasa, ataupun kita tengok orang nak pukul orang zalim, kita tahan dengan tangan kita supaya dia jangan pukul orang tu. Nak pergi ambil harta orang, kita pegang dia, jangan main. Ini semua bermaksud ubah dengan tangan. Ataupun, orang tu nak pergi pukul orang, kita tahan dia supaya dia tak boleh pukul orang. Ini ubah dengan tangan.

Kita tak adalah orang tu nak buat salah, tengok-tengok orang tu tak pakai tudung, kita bagi buah penampar, bukan itu maksud dia. Aa… Ini bukan itu maksud dia. Dia hendaklah setara dengan apa benda tu. Sebab tu Nabi kata, ubah dengan tangan tu kalau dengan kuasa ataupun benda tu… apa nama… awak khususnya tentang hal kecurian, khususnya tentang hal menzalimi orang lain, khususnya juga tentang jihad apabila wilayah Islam diserang, maka kita keluar mempertahankan dengan pedang ataupun dengan senjata. Itu semua bermaksud ubah dengan tangan.

Fa illam yastati’, fa bilisanihi. Jika dia tidak mampu, maka dengan lisannya iaitu lidahnya. Fa illam yastati’, fa biqalbihi. Jika tak mampu, dengan jantung hatinya, yang demikian itu selemah-lemah iman. Maksudnya, jika dia lihat kemungkaran, kata Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarah Sahih Muslim, dia menyatakan, jika kita ada pengetahuan, kita tengok seorang jual beras, buat contoh beraslah contoh untuk kita, atau menjual apa-apa. Dia telah jual barang yang kualitinya buruk, tapi dia bagi kata kualitinya bagus. Orang tu tak tahu, dia sangka, “Oh, memang bagus.”

Kita tahu tak bagus, wajib untuk kita bagi tahu bahawasanya encik telah bohong dia, ataupun kita bagi tahu orang tu, “Cik, sebenarnya dia bukan kualiti A, yang ni kualiti C, saya tahu.” Kata Imam Nawawi, dalam keadaan di mana kalau kita lihat orang menipu dalam jual beli, wajib untuk kita membetulkan hal itu.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak