Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Leftenan Adnan & Realiti Sejarah: Penjelasan Dr. Asri
Hamba Allah Tweet
Saya bukan nak ulas pasal Mat Indra, tetapi saya nak memberitahu bahawasanya di kalangan sejarawan yang mengkaji tentang Jepun, pendudukan Jepun, dan sejarah Jepun, bukan saja di Malaysia, termasuk di Indonesia, terdapat pandangan yang menarik. Antaranya, Datuk Profesor Abu Talib menyebut bahawa salah seorang yang sering disilap tabalkan sebagai perwira ialah Leftenan Adnan.
Orang ramai menganggap dia berjuang untuk mempertahankan tanah air. Namun, sebenarnya, dia berperang bagi pihak British untuk mempertahankan Singapura. Jepun memang bukan penjajah yang teruk jika nak dibandingkan dengan British. Dalam beberapa sudut, British dilihat lebih baik. Jepun mungkin lebih kelihatan kejam, tetapi permusuhan Jepun sebenarnya lebih tertumpu kepada British dan orang Cina, di mana mereka mempunyai masalah yang mendalam di Cina.
Sekiranya kita tidak bersikap perkauman, tetapi kita andaikan Jepun benar-benar berkuasa di Singapura, saya rasa kemungkinan orang Melayu akan menjadi majoriti di Singapura. Ini kerana Jepun tentu akan menghalau British dan mungkin juga akan menghalau orang Cina. Ini bukanlah pandangan yang bersifat perkauman, tetapi realiti yang perlu diakui.
Leftenan Adnan telah berjaya mempertahankan kekuasaan British di Singapura. Mungkin ramai yang mentafsirkan itu sebagai tindakan perwira, tetapi tidak semua ahli sejarah setuju dengan pandangan tersebut. Semua ini memberikan satu makna kepada kita bahawa sejarah adalah sesuatu yang perlu disingkap semula. Kita harus melihat semula konteks dan naratif yang ada, supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak