Kubur Keldai Di Jadikan Kubur Wali
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Saya pernah duduk-duduk dan dengar orang bercerita.

Saya pernah duduk-duduk dan dengar orang bercerita. Ada dua orang sahabat baik yang sama-sama mencari rezeki. Entah bagaimana, dalam satu perjalanan, keldai mereka mati. Mereka pun menggali kubur, buat lubang, dan tanam keldai mereka. Lepas tanam, mereka berbincang dan berkata, “Kita buat elok-elok, kita habaq ini kubur wali.”

Mereka pun balik dan mula menyebarkan cerita bahawa di tempat itu adalah kubur seorang wali. Lama-kelamaan, ramai orang mula percaya dan datang ke tempat itu. Setiap orang yang datang meletakkan duit di situ. Dua sahabat tadi mula mendapat keuntungan.

Namun, selepas sekian lama, mereka bergaduh berebut pasal duit. Seorang kata dia ambil sikit, seorang lagi nafi dan tuduh kawan dia ambil lebih. Salah seorang daripada mereka berkata, “Kalau betul kau tak ambil lebih, mari kita sumpah di kubur wali.” Kawan dia balas, “Eh, hang lupa, itu keldai kita!”

Maksudnya, lama-kelamaan, kawan yang mereka cerita itu pun terlupa apa yang sebenarnya berlaku, apatah lagi orang lain yang mendengar. Situasi ini sama seperti di era Sirdak, tempat yang dikatakan Imam Mahdi akan keluar. Saya pernah cerita tentang Syeikh Doktor Walid Ani yang kaji kitab *Al-Fitan wal-Malāhim* oleh Abi Nu’aim. Dia pernah pergi ke tempat lubang Syiah dan tanya orang yang jaga situ, “Betul ke Imam Mahdi nak keluar sini?” Orang itu jawab, “Eh, tak keluar pun.” Dia tanya lagi, “Kalau Mahdi ni keluar, habis macam mana bisnes aku? Orang tak mai dah lah.”

Maksudnya, di sebalik semua cerita ini, ada motif bisnes yang lain. Sebab itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perbuatan ghuluw (melampaui batas) seperti ini.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak