Kita duk parti mana sekalipun
Tags: ( Mana, Kita, duk, parti, sekalipun. )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Ada orang yang nak kepada keadilan dan kebenaran. Wajib dah tidak ada pilihan. Kita duk parti mana sekalipun, wajib memberi sokongan kepada golongan yang nak mengembalikan keadilan di dalam negara. Haram hukumnya kita menyokong orang-orang yang melaksanakan kezaliman

InsyaAllah kita akan bertemu lagi lain kali. Jadi, ingatlah, pilihan raya ini bukan kerana duit, tetapi kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyuruh kita supaya menunaikan keadilan.

Sesungguhnya, Allah Ta’ala memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah. Sekarang kita tengok orang pecah amanah. Wang negara, wang rakyat dibazirkan merata-rata. Ada yang buat perahu berlumba-lumba, semua ini pecah amanah. Tak sepatutnya jadi begitu. Kita kena cegah kemungkaran ini, kena hentikan kemungkaran ini.

Ada orang yang nak kepada keadilan dan kebenaran. Wajib dah tidak ada pilihan. Kita duk parti mana sekalipun, wajib memberi sokongan kepada golongan yang nak mengembalikan keadilan di dalam negara. Haram hukumnya kita menyokong orang-orang yang melaksanakan kezaliman.

Time pilihan raya baru, ada yang datang buat jalan seolah-olah rakyat ini sebagai orang yang sangat bodoh dan diperbodoh-bodohkan. Sampai boleh tengok nak sembahyang raya, baru nak mari baiki jalan. Tapang situ, tapang sini, macam goreng lepeng nyiur dia jalan pakai tapang gitu saja. Hok depan Wisma macam lepeng pisang pakar sambung, kita renyek dengan kaki ramai-ramai. Nak bahang dengan kereta lilin berkutuk sekali.

Jadi, seolah-olah kita ni lebih mana, tak ada tamadun. Hok duduk pada hulu Afrika ni lagi reti benda. Sepatutnya kita manusia boleh fikir dah ni adalah rasuah. Dipergunakan untuk membodoh-bodohkan rakyat. Tengok, ni mari janji nak beri PT situ, nak beri PT sini. Jadi, kita harap kita jangan berhenti dah jadi orang bodoh, kita kena jadi orang cerdik pula. Jangan jadi orang bodoh dulu, kini, dan selamanya.

Kalau hok mari tunjuk pada masa seminggu dua ni duk khabar dengan janji-janji manis, ini adalah pembohongan dan penipuan semata-mata.

“Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti kamu pasti akan masuk neraka.” (Quran 11:113)

Dalam suatu hadis, Nabi berpesan, “Akan ada di kemudian akhir zaman nanti pemerintah-pemerintah yang melaksanakan pembohongan dan kezaliman. Cakap lawak, cakap bohong, dan melakukan kezaliman. Buat benda-benda yang zalim seperti tidak berhukum dengan Quran, menindas orang-orang yang tidak bersetuju dengan dia. Maka barang siapa yang membenarkan pembohongan mereka, kemudian tolong pula puak-puak zalim ini, maka aku bukan nabi dia, dia bukan umat aku. Dia tak akan minum di dalam kolam kausarku di hari kiamat nanti.”

Wallahu’alam.

Allahumma sholi ‘ala sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad. Rabbi, zidni ‘ilma. Rabbi, atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina azaban nar.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Assalamualaikum warahmatullah.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak