Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Pernah tengok tak, dengar tak cerita ini?
Hamba Allah Tweet
Pernah tengok tak, dengar tak cerita ini? Jumpa buah epal, makan, lepas tu kena kahwin. Pernah dengar cerita ni? Riwayat TV3. Dia cerita, katanya cerita ini memang dalam buku, tapi kita kena jadi kritis, terutama sebagai pelajar universiti. Kita kena exercise otak kita ni.
Dia kata, seorang duduk tepi sungai, tiba-tiba dia jumpa epal. Lalu dia ambil, dia makan. Lepas dia makan, dia pun teringat, “Ini epal siapa ni ya?” Jadi dia pun cari ikut sungai tu nak minta izin kat tuan dia. Tuan dia pun kata, “Aku tak halalkan melainkan kau kena kahwin dengan anak aku.” Eh, dia kata, “Tapi anak aku buta, pekak, bisu, dan cacat.”
Dia pun terpaksalah kahwin. Cumanya, malam-malam lepas akad nikah tu, dia pi tengok, rupanya tak buta. Dia pun terkejut, tanya, “Kata buta?” Dia tak percayalah buta tu dengan makna sekian-sekian. Jadi cerita tu diceritakan, tapi kalau kita nak ambil pengajaran Fiqah, macam mana saya nak bagi faham?
Pertama, dari segi hukum, kalau kita jumpa buah dalam sungai mengalir, kita nak biar saja ke boleh ambil? Kata biar saja, boleh melainkan orang mai tuntut kita bayarlah. Bayar lagi RM52 lah ni epal. Katalah kita naik kereta, naik kereta kita, kereta Kancil. Satu kereta, depan masjid, Seven Series dia berhenti kat traffic light. Kita pun duk beralih duk main, duk pergi tengok WhatsApp, hangpa semua, langgar kereta dia. Kereta kita teruklah juga, tapi kereta dia pun bercalar, kemek sikit. Tapi dia Seven Series. Turun-turun, “Pak cik, saya minta maaf pak cik.” Eh, macam mana ni? “Saya tak apa, saya bayar pak cik.” “Saya tak mahu, awak kena kahwin dengan anak saya. Anak saya pekak, buta, bisu.” Dia habaq macam tu. Dia habaq, “Anak saya miring sikit, saya pun tak tahu nak buat apa. Elok kahwin ngan hang,” dia kata kan.
Kita pun duk ingat macam cerita epal ni. Ya, kita pi kahwin, miring sungguh. Saya nak tanya, dari segi hukum, bolehkah kita paksa orang kahwin kerana kes macam tu? Boleh tak? Tak boleh. Bolehkah kita kahwin dengan orang tanpa tengok dulu muka dia? Tak semua. Andaian dalam cerita ini yang dicerita berulang kali daripada penceramah, andaian ini hanya memperbodohkan orang sahaja. Faham tak maksud saya? Tak boleh. Mana boleh seorang kerana orang makan epal dia, dia nak paksa orang kahwin dengan anak dia. Pi beli balik satu epal bagi balik, “Nah, epal hang.”
Sebab itu saya kata kita perlu balik kepada agama yang kritis, berfikir kembali kepada sumber. Setuju tak? Setuju ke tak? Okey, welcome to Perlis.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak