Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Maka ketahui pula oleh Muhammad Talib bahawasanya menuntut ilmu dan sembahyang dan lain daripada keduanya itu wajib atau orang Islam lelaki laki dan perempuan besar atau kecil, merdeka atau sahaya.
Hamba Allah Tweet
Waktu belajar ilmu, ilmu agama adalah suatu perkara yang wajib, tolong beritahu adik kakak kita hok di luar sana, hok masih duduk di rumah, mari belajar agama nak, mari belajar akidah kita sendiri sebagai suatu tuntutan wajib daripada pihak Allah yang menciptakan kita, bukan ulama tok tok guru ustaz pandai-pandai kata wajib tetapi nabi Sallallahualaihiwasallam sendiri telah meninggalkan banyak hadis-hadis yang memberi isyarat kepadanya.
Bahawasanya, menuntut ilmu agama adalah perkara yang mesti, tak dapat tidak, tak dak pilihan bagi kita, lebih penting daripada ilmu akademik yang kita sekolorkan kepada anak-anak kita, lebih penting daripada ilmu yang maknanya aa mak apa benda ni pemuda-pemuda kita duk belajar di kolej-koleh, lebih penting daripada ilmu yang ada di universiti-universiti di luar negara. Ilmu mengenal Allah, ilmu tauhid, ilmu Fiqah mengenal sah batal sembahyang, mengenal halal dan haram dan ilmu akhlak, mengetahui adab-adab yang baik supaya selamat kita dunia dan akhirat, tapi maknanya manusia akhir zaman ni dia lupa.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak