Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Soalannya ada ustaz nama Gedung Gedung Gedung telah menyatakan Ikhwan Muslimin sesat.
Hamba Allah Tweet
Sekarang, tuan-tuan, manusia ni macam ni. Ada kumpulan yang mempunyai banyak sumbangan, dan ada juga beberapa perkara yang kurang tepat. Janganlah kerana satu dua perkara yang kurang tepat itu, kita nak hukum keseluruhannya.
Selagi mana satu dua perkara yang kurang tepat itu bukan dianggap arus perdana, kadang-kadang itu tohmahan sahaja. Saya tengok sebahagian tohmahan bukanlah untuk membela Hasan al-Banna, tetapi kadang-kadang tohmahan itu tidak adil. Hasan al-Banna lahir di dalam suasana negara Mesir yang dipenuhi dengan tarekat dan kesufian. Dia pula bukan syeikh besar masa itu, hanya seorang guru di sebuah sekolah.
Sedangkan syeikh-syeikh yang lain tidak bangkit untuk meluruskan perkara itu. Tidak cukup kekuatan al-Banna untuk membetulkan hal itu. Namun, kita tengok dia cuba membetulkannya. Buktinya, cuba baca Usul Isyrin (Usul 20) Hasan al-Banna tentang mimpi, karamah, dan kasyaf bukan hujah syarak.
Dia ada betul. Kadangkala ada majlis sufi, dia dijemput. Barangkali dia pergi untuk ceramah atau untuk berdakwah. Janganlah ambil isu itu dan ceramah kepada orang kampung yang tak tahu apa-apa. Mereka mungkin tak tahu siapa Hasan al-Banna atau Syed Qutb. Yang mereka tahu harga minyak naik.
Jadi, benda-benda seperti ini saya ingat biarlah orang yang benar-benar tahu cerita tentangnya yang mengulas. Wallahu a’lam.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak