Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kes Global Ikhwan dah dibentang pada JAKIM, tapi... - Dr Maza
Hamba Allah Tweet
Berkaitan dengan isu ASB ini, bagaimana kita mula untuk membangkitkannya? Kita telah menyebut pada kuliah awal bahawa isu ini telah dibangkitkan. Pihak yang membuat kajian tentang kes ini telah berusaha bertahun-tahun lamanya, bertemu dengan beberapa pihak yang bertanggungjawab atau sepatutnya mengambil kes ini. Mereka telah membentangkan kajian-kajian mereka, termasuk kepada pihak JAKIM. Namun, Allah Taala alam di atas perkara-perkara tertentu, pihak-pihak yang mereka bentangkan itu tidak mengangkat kes ini. Mereka mungkin tidak mengangkatnya atas sebab-sebab tertentu, atau mungkin sebahagiannya enggan mengambil risiko daripada isu ini. Sebahagian lagi mungkin melihat isu ini tidak begitu besar kerana sebahagian daripada kepercayaan kumpulan ini ada juga kepada mereka. Mungkin juga terdapat sebab musabab yang lain, seperti campur tangan pihak yang tinggi terutama dalam penguatkuasaan atau keselamatan.
Kemudian, mereka telah mengambil langkah dengan membawa kes ini untuk dibentangkan kepada negeri Perlis, kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis. Mereka membentangkan kes ini kepada kita, dan kita mendengar pembentangan yang agak lama. Ahli Jawatankuasa Fatwa yang biasanya duduk di kerusi, apabila mendengar setiap kes dibentangkan, kerana sebelum fatwa dibuat, pihak yang terbabit mesti membentangkan argumen bagi apa-apa isu, barulah boleh dikeluarkan fatwa itu.
Di dalam negeri ini, sebahagian daripada ahli-ahli fatwa, ketika mendengar pembentangan isu ASB ini, daripada duduk di kerusi, bangun berdiri kerana merasakan isu ini sangat panas. Sebahagian mereka melihat kepada saya dan menyatakan, “Tok Mufti, tanggungjawab kita untuk menentang hal ini. Ini adalah prioriti kita. Kita mesti hapuskan kekarotan ini.”
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak