Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Tidak solat tarawih pada malam pertama kerana belum berpuasa.
Hamba Allah Tweet
Okey, Datuk, saya ada dua soalan lagi untuk diajukan kepada Datuk. Yang pertama, berkaitan dengan orang yang tidak solat tarawih pada malam pertama kerana belum berpuasa. Yang itu dulu sebelum kita teruskan dengan soalan seterusnya, sebab soalannya berbeza sikit.
Dalam Islam, kita berdasarkan kalendar kamariah. Hari dalam perkiraan Islam bermula dengan masuknya waktu Maghrib. Apabila Maghrib masuk, hari baru bermula. Sebab itu, kita buka puasa selepas masuk waktu Maghrib kerana waktu itu menandakan hari yang berikutnya telah bermula. Dengan masuknya waktu Maghrib, sebenarnya Ramadan telah bermula dan hari sebelumnya telah berakhir, yang mana ia berakhir dengan waktu Asar.
Maka, berdasarkan itu, Ramadan telah masuk dan tarawih boleh dilaksanakan pada malam Ramadan, walaupun puasa bermula keesokan harinya. Walaupun ada kaum yang mungkin mempunyai pandangan berbeza, kebanyakan para ulama berpandangan bahawa tarawih boleh dimulakan pada malam tersebut, dan pendapat ini dianggap lebih sahih dalam masalah ini.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak